Terkedu Bella Dally dan rakannya ditahan polis gara gara sesuatu ini tetapi sudah dilepaskan selepas mendapat keterangan dari mereka. Rupanya ini yang terjadi kepada selebriti itu.

Umum sedia maklum mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sejak 14 hingga 27 Oktober ini. Jadi sebarang pergerakkan untuk merentas negeri hanya boleh dilakukan atas kebenaran pihak berkuasa. Namun begitu, seorang pelakon wanita bersama rakannya didakwa telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam bagi membantu siasatan.

Ditahan pihak polis. Menerusi maklumat dikongsi seorang wartawan Mohd Redzuan Abdul Manap di laman Twitter, pelakon tersebut merupakan Bella Dally yang didapati berbasikal ke Genting Sempah bersama rakannya semasa PKPB dilaksanakan di Lembah Klang. “Kes pelakon Bella Dally mengayuh basikal ke Genting Sempah, Bentong semasa PKPB dilaksanakan di Lembah Klang ketika ini. “Polis IPD Gombak sahkan pelakon itu ditahan semalam dan diambil keterangan sebelum dilepas dengan jaminan,” tulis Mohd Redzuan.

Sudah beri keterangan & dibebaskan dengan jaminan

Walau bagaimanapun, pihak polis memaklumkan pelakon tersebut sudah dipanggil dan memberi keterangan berhubung kes tersebut. Bella juga telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis. Muat naik gambar di IG. Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata tangkapan dibuat susulan laporan oleh pihak polis selepas ternampak satu posting di Instagram. “Laporan polis dibuat Ketua Balai Polis Gombak pada jam 3.14 petang, semalam selepas meneliti gambar dua wanita sedang berbasikal di akaun Instagram mengguna nama ‘belladally’ dengan kapsyen ‘Woohoo Genting Sempah with @diyanabana’. “Kita mengesyaki pemilik akaun Instagram itu merentas negeri tanpa kebenaran polis,” katanya.

Siasatan mendapati kedua-dua wanita itu menaiki kenderaan dengan membawa basikal masing-masing dari Dutamas ke Restoran Marina Seafood berhampiran Hospital Orang Asli Gombak, kira-kira jam 7.45 pagi, Ahad lalu. Mereka mula berbasikal pada jam 8.30 pagi melalui jalan Gombak lama menghala ke Genting Sempah sebelum mengayuh sejauh 10 kilometer dan berpatah balik ke kenderaan untuk kembali ke Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang dikuatkuasakan bagi memastikan rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan dengan segera.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap , Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar)