Terkedu Mawar Rashid dedahkan sikapnya yang tidak suka membazir dari kecil lagi. Ini yang didedahkan Mawar selepas beli sesuatu yang meraih tumpuan warganet baru baru ini.

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengakui tidak suka mengamalkan sikap boros ketika berbelanja. Malah, ibu hamil ini juga amat berhati-hati dan menitikberatkan soal penggunaan wang ringgit. Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri pada masa sama turut menambah, dia mengamalkan sikap berjimat-cermat sejak kanak-kanak lagi dan hanya mementingkan barang keperluan daripada kehendak.

“TAK SUKA ATTITUDE BOROS NIH! Mekwa ni sejenis berjaga2 on ‘spending money’, dari kecik x suke ngan attitude boros ni. “Sebab dari kecik Mekwa tahu penat susah nak cari duit.. hehe.. That’s why Mekwa beli benda yang betul2 Mekwa perlukan kan je. Hehe #kawalhawanafsu “tu yang finally beli ipad sendiri. Nak buat notes senang laa lepas ni.. x de da masalah miss placed buku nota.. Kjap buku ni hilang buku yu hilang, notes pun hilang sedeyyyhh je.

“Now dah ade ipad so semua notes boleh simpan lam satu ipad. Hehe Thank you all yang support produk @mawarosehq,” tulis Mawar. Sebagai informasi, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac 2019. Pada Jun lalu, Mawar juga telah mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Sumber: MEDIA HIBURAN

Hijrah Mawar Rashid, terbuka hati bertudung

SELEPAS mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan baru-baru ini pelakon Mawar Rashid akhirnya terbuka hati untuk menutup aurat sepenuhnya. Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 25, dia sudah lama menyimpan impian untuk memakai tudung namun akui hatinya berbolak-balik. Bagaimanapun, Mawar akhirnya menyedari tanggungjawabnya sebagai wanita Islam bukan sahaja perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan tetapi juga melakukan perkara wajib seperti menutup aurat.

“Sebenarnya saya nak tutup aurat dah lama sangat. Sudah tentu sebagai wanita beragama Islam ada impian untuk jadi muslimah yang beriman di hadapan Allah. Dah lama impian ini tersimpan. “Tapi itulah… saya pun manusia biasa dan banyak kekurangan. Hati saya pun rasa berbolak-balik, sebab itu masa Ramadan saya cuba untuk berhijab tapi rasa tak bersedia lagi. “Saya tahu waktu itu hati tak kuat tapi Alhamdulillah, saya dapat hidayah selepas masuk kelas agama dan belajar lebih mendalam tentang Islam. Selama ini memang sentiasa ingat Allah tapi lepas masuk kelas, baharu saya belajar dan faham.- MSTAR