Terkedu warganet apabila Syazwan Zulkifly beri sesuatu ini untuk pujuk Wan Sharmila. Ini reaksi warganet bila melihat gelagat pasangan manis ini dalam drama 7 hari Mencintaiku.

Pelakon Syazwan Zulkifly mendapat perhatian peminat selepas menghadiahkan sebentuk cincin kepada aktres Wan Sharmila. Syazwan juga berkongsi video pendek merakamkan momen manis sewaktu memberikan kejutan kepada Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala. Menerusi video yang dikongsi Syazwan di akaun Instagramnya, aktor itu menjelaskan hadiah tersebut merupakan inisiatif dirinya untuk memujuk Lala yang sedang merajuk.


“Sehari juga kakak korang @lala.wansharmila ni merajuk tak balas WhatApps dan korang tengoklah muka dia masa awal-awal live tu, masam je kan? Ini dia dah boleh senyum balik, kira okay lah tu kan? Hehe,” tulisnya. Walaupun hubungan mereka sekadar kawan, namun menerusi ruangan komen rata-rata peminat berharap Syazwan dan Lala menjadi pasangan.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan hubungan mereka berakhir hingga ke jinjang pelamin. “Kita kawan bukan kahwin… Hehehe kawan-kawan dulu, esok-esok ada jodoh kahwin ya,” komen @juesyah25 “@syazwanzulkifly pun dah luahkan melalui lagu background… Tolonglah lala @lala.wansharmila kahwin dengan Syazwan,” pujuk @nadiadasuki
“Asal saya senyum memanjang tengok video ni. Lagu ni @syazwanzulkifly suka nyanyi time live IG. Sesuai sangat. Good job bro. Semoga yang baik-baik sahaja untuk korang. @lala.wansharmila,” tulis @lunia_ainul Terdahulu, Lala sebelum ini mengakui ramai peminat yang menginginkan mereka menjadi pasangan suami isteri sama seperti dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Peminat Suruh Kahwin Dengan Syazwan Zulkifli, Ini Jawapan Wan Sharmila

Pelakon Wan Sharmila, 39, menyatakan hubungannya bersama aktor Syazwan Zulkifly, 33, hanya sekadar kawan. Ketika dihubungi Gempak, Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala mengakui ramai peminat yang menginginkan mereka menjadi pasangan suami isteri sama seperti dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2. Jelas Lala, hubungan mesra itu sekadar lakonan dalam drama.

“Saya takut sangat bila ramai yang mendoakan kami supaya kahwin. Kata-kata itu kan doa. “Kami takda apa-apa, kalau doa itu termakbul macam mana. Takutnya.. Syazwan pun ada cakap benda sama juga dekat saya. “Hubungan suami isteri setakat dalam drama sahaja. Di luar drama kami hanya berkawan.  “Alhamdulillah, tak perlu cinta lokasi lakonan kami diterima ramai. Rata-rata penonton rasa dekat saja dengan jalan cerita drama itu,” katanya. 

Sementara itu, pemilik nama Wan Sharmila Wan Muhamed berkata dia tidak tahu sama ada Syazwan sudah berpunya atau belum. “Saya tak tahu Syazwan masih solo atau berpunya. Kalau Syazwan dah ada teman wanita, dia (teman wanita) cemburu nanti. “Nanti saya pulak dituduh perampas. Sekarang dah la banyak isu macam ini yang berlaku,” katanya lagi.

Sebelum ini, Instagram (IG) Lala dan Syazwan dipenuhi dengan komen-komen yang berharap mereka menjadi pasangan suami isteri. “@syed_alief09: Kahwin betul-betul la sweet korang. “@emilia_moktar: Kahwin betul-betul kan best. Sepadan sangat. “@_eena91: Secocok la haha. Semoga kahwin betul-betul lepas ni,” antara komen-komen yang ditulis.

SUMBER: GEMPAK