Terkena kopi panas yang masih segar dan hangat. Ini 5 first aid terkena benda panas yang sepatutnya dilakukan untuk si kecil.

Kecederaan ringan akibat terkena benda panas kadangkala tidak dapat dielakkan. Walaupun tidak serius, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan terutamanya sekiranya ia berlaku pada kanak-kanak. 5 rawatan kepada kulit yang terkena benda panas untuk anak kecil ibu bapa perlu tahu yang selamat dan boleh anda lakukan di rumah.

Pertama, lalukan dengan air yang mengalir. Apabila terpegang benda panas, anda boleh terus melakukan anggota yang terkena dengan air paip selama sekurang-kurangnya 5-10 minit. Kalau terkena pada bahagian anggota yang besar, dudukkan anak di bawah pancuran air di bilik mandi selama sekurang-kurangnya 20 minit atau sehingga kesakitan tidak lagi dirasai. Selepas itu, boleh menggunakan tuaman tuala sejuk untuk melegakan rasa sakit. Walaubagaimanapun, elakan daripada menggunakan ais secara langsung kerana terdapat sumber mengatakan ia boleh menghalang pengaliran darah dan seterusnya menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu yang sensitif.

Kedua, tanggalkan pakaian yang terkena panas. Menurut Dr Haba Hadzrami, jika anggota terkena bahan panas yang dilitupi dengan barang kemas, lampin bayi atau pakaian tebal; tanggalkan dengan serta-merta supaya kulit boleh segera disejukkan sebelum ia ‘masak’. Kadangkala, ibu bapa terus panik dan terus bergegas membawa anak ke klinik tanpa menanggalkan pakaian tebal dan masih panas. Ini menjadikan sumber haba tidak dihentikan. Sementara menunggu masa tiba di hospital, kesan terkena bahan panas yang ringan tadi boleh menjadi lebih teruk.

Ketiga, elak petua yang pelik. Selalu kita dengar petua rawatan terkena benda panas menggunakan bahan tertentu seperti tepung, ubat gigi, kicap, dan sebagainya. Jika kesan tersebut kecil dan berlaku pada orang dewasa, petua ini mungkin boleh digunapakai. Tetapi, jangan sesekali melakukannya sebagai first-aid  atau langkah kecemasan pertama terutama pada anak kecil yang sedang kesakitan.

Keempat, jika ia mula menggelembung. Selepas beberapa hari, mungkin kawasan kemerahan ini akan mula surut dan mungkin ada yang akan menggelembung atau melepuh. Apa yang perlu anda lakukan adalah menyapukan kawasan ini dengan ubat antiseptik dan balutkan dengan non-stick bandage secara longgar. Ingat, jangan sesekali cuba memecahkan gelembung ini kerana ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk. Elakkan daripada menyapukan losyen, bedak, atau sebarang petua lain yang tidak diketahui keberkesannya kerana ia turut berisiko kepada jangkitan.

Kelima, kesan terkena bendan panas ringan biasanya boleh sembuh dalam masa 1 hari hingga beberapa minggu, bergantung kepada keadaan tersebut. Sekiranya anda perhatikan kawasan tercedera semakin sakit, bengkak menjadi bertambah merah, berbau, atau semakin merebak, jangan lengah untuk mendapatkan rawatan doktor kerana ia barangkali tanda jangkitan.