Terkilan dengan tindakan pihak ini yang sanggup buat macam itu terhadap dirinya. Akhirnya Aweera tampil meluahkan perasaannya disini.

Bekas vokalis kumpulan Mojo, Aweera meluahkan rasa terkilannya apabila ada segelintir stesen TV memanggil penyanyi lain untuk membuat persembahan lagu nyanyian asalnya, Romancinta. Menerusi laman sosial Instagram, Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham menulis kekesalannya itu untuk tatapan umum.  “Banyak aku tengok sekarang konsert stesen TV yang panggil artis lain untuk cover atau nyanyi lagu ‘Romancinta. “Hangpa ingat penyanyi asal lagu ‘Romancinta’ ni dah takde ke apa? Tanya ja..” tulis Aweera. 

Tambahnya lagi, luahan itu bukan bertujuan untuk meraih perhatian dan publisiti murahan tetapi hanyalah sekadar dia mengutarakan pendapat. “Saya tak marah pun, cuma agak terkilan la sikit. Saya masih ada untuk peminat-peminat yang sentiasa menyokong dari awal hingga sekarang.  “Tapi kalau bila dah tiada baru nak kenangkan, untuk apa kan?,” ujarnya lagi.  Di ruangan komen, ramai wargamaya yang bersetuju dengan luahan Aweera dan merasakan suaranya paling sedap ketika membawakan lagu Romancinta. 

Terdahulu Aweera telah disingkirkan daripada Mojo oleh ketua kumpulan Edry Abdul Halim sebelum pentas akhir Anugerah Juara Lagu 29 pada 18 Januari 2014.  Pada tahun 2017, Aweera dan Mojo telah berdamai dan dia kembali beraksi dengan kumpulan tersebut. Selepas Mojo, Aweera tampil bersama kumpulan Prime Domestic dan kini muncul bersama band terbarunya Pelita Lusoh.

SUMBER: GEMPAK

Aweera lali dilempar persepsi buruk

KUALA LUMPUR: Suka bertukar kumpulan menjadi persepsi buruk yang dilemparkan kepada penyanyi, Aweera, 29, sejak dahulu lagi. Meskipun sudah tiga tahun bersama kumpulan Pelita Lusoh, Aweera tetapi dikaitkan dengan masalah disiplin. Namun, pemilik nama Nasharul Aweera Noriyissham itu sudah lali dengan persepsi negatif. “Saya lali dengan tohmahan orang. Apabila keluar dengan benda baik, tiada pula orang nak ambil tahu. Apabila benda tak baik, cepat sahaja bertebaran cerita kurang enak. Tak mengapa, itu mereka punya hal.

“Saya tak mahu menoleh ke belakang. Jika memandang ke belakang, saya akan mengalami depresi. Saya tak menafikan, mengalami sedikit depresi apabila dihent4m. “Contohnya, apabila saya bersama Pelita Lusoh. Ketika saya muncul dengan karya baharu, ada sahaja yang bercakap mengenai perangai saya, seolah-olah mendoakan perkara tidak baik. Sebagai orang Islam bukankah lebih baik kita mendoakan kebaikan, bukannya menjatuhkan orang lain,” katanya kepada BH Online.

Disebabkan itu, Aweera berkata, dia lebih selesa tidak menghiraukan komen negatif dan cuba memperbaiki diri untuk memperbetulkan tanggapan orang sekeliling terhadapnya. “Rakan yang kenal tahu saya bagaimana. Seperti masalah sebelum ini, takkan saya nak bercakap soal pengurusan. Jika saya bercakap, orang tidak akan faham. “Saya bersama Mojo dan Prime Domestic, semuanya berkaitan masalah pengurusan. Jadi, ia agak sulit untuk dikongsi. Jika saya bercakap, ia akan mengaibkan pihak tertentu. Saya pula tak mahu berbuat demikian kerana saya bekerja dengan artis legenda.

“Saya hormat mereka sebagai artis legenda, jadi biarlah kami sahaja yang tahu cerita yang berlaku. Biarlah warganet hanya tahu mengenai karya kami sahaja,” katanya. Sebelum bersama Pelita Lusoh, Aweera pernah menjadi vokalis kepada dua kumpulan muzik iaitu Mojo dan Prime Domestic, tetapi hanya bertahan seketika. Bersama kumpulan Pelita Lusoh, mereka muncul dengan single baharu berjudul Kembara Nabawi dan satu lagi lagu, Lara pada September depan.

Sementara itu, tidak lokek berkongsi kisah peribadinya, Aweera berkata, dia masih mencari calon isteri selepas empat tahun hidup solo. “Saya masih mencari dan tiada kriteria yang diinginkan. Bukan cerewet, tetapi saya kena memilih. “Calon isteri ini kena mengharungi hidup bersama saya, jadi biarlah buat pilihan yang tepat. Saya tak nak nanti berpisah. Jika boleh, saya mahu mencari pasangan yang memahami dan mempunyai kerjaya. “Jujurnya, saya mengambil iktibar selepas putus cinta sebelum ini.

Terus terang, saya berdepan dengan depresi. Kami bercinta selama empat tahun dan merancang ke alam perkahwinan, tetapi tiada jodoh.”Sekarang saya tiada masa mahu main-main, usia pun mencecah 30 tahun. Saya mahu mencari pasangan yang betul,” katanya. Terdahulu, Aweera pernah terpalit dengan kontroversi mendakwa dirinya melakukan tindakan keras terhadap bekas teman wanita, Shazia Mohd Rozaini yang juga anggota duo, ZiaBella pada 2016.- BH ONLINE