Kecoh dengan isu basikal di jalan raya tempoh hari. Terkini jaguh berbasikal negara menjadi tumpuan warganet apabila beliau beri teguran padu untuk golongan ini. Ini kisah selanjutnya.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila sekumpulan pengguna basikal ke lebuhraya. Perkara ini menjadi bualan hangat para warganet yang rata-rata concern dengan keselamatan semua pengguna jalan raya. Turut memberikan pandangan dalam isu ini, jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang atau lebih mesra dengan panggil The Pocket Rocketman. Korang boleh baca posting beliau di Facebook Azizulhasni Awang kat bawah ni.

Bukan macam main Saidina

Tidak dinafikan, rata-rata warganet yang mengkritik golongan berbasikal ini sebenarnya risau dan fikirkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Sebenarnya Azizulhasni pernah tegur pasal pengguna basikal ni beberapa tahun dulu. Iyelah, dah macam mat rempit atas jalan, terkesan gak imej orang berbasikal yang lain. Kalau boleh dapat escort, panggil lah sorang dua. Bukan sampai nak tutup jalan, tapi sekadar untuk kawal keselamtan dan bagi pengguna jalan raya lain alert dengan kehadiran kita. 

Ini teguran Azizul Hasni Awang mengenai perkara itu. “Assalamualaikum..Biarpun isu lesen dan plat tu masih panas, disini saya nak sentuh sedikit isu asas keselamatan bagi kaki basikal di Malaysia. Ada dikongsikan oleh rakan-rakan dan kaki basikal akan video segelintir mereka yang berkayuh di jalan raya secara sembrono. Ada juga yang melanggar lampu isyarat dan sebagainya..Disini saya memohon jasa baik kepada semua yang berkayuh basikal, sama ada mereka yang melakukan kayuhan sosial, kayuhan untuk kesihatan mahupun mereka yang berkayuh secara kompetitif,

“Tolong patuhi peraturan jalan raya! Hormati pengguna jalan raya yang lain serta pastikan anda ikuti langkah keselamatan yang sepatutnya..Di atas jalan raya ni bukan macam main saidina bang. Kalau tersilap boleh repeat balik. Masyaallah, cukuplah dengan apa yang saya lihat dengan mata saya sendiri. Atas jalanraya ni kita silap sikit je. Saya pernah tegur beberapa kaki basikal muda mudi suatu masa dahulu kerana melihat aksi mereka seperti merempit di atas jalan raya (kayuh macam atuk nenek die punye jalan). Harus di ingat, kita ni hanya beroda dua saja, paling berat pun mungkin 100kg je pun jika nak dibandingkan dengan kenderaan lain yang empat tayar dan minimum weight nya adalah 1000kg. Tu belum kira lori, bas dan sebagainya lagi.

“Kalau boleh pilih tempat kayuhan yang selamat dan kurang kesesakan kenderaan lain. Apabila berkayuh tu, kalau boleh rapat dengan line jalan, cuba untuk tidak ketepi dan ketengah macam zig-zag. Bila berkayuh dalam group kecil, buat satu line panjang sahaja dan boleh buat swap turn. Begitu juga dengan kayuhan dalam group besar, buat dua line dan cuba untuk rapat dengan bahu jalan. Apabila hendak membelok, pastikan anda memberikan isyarat tangan, sama juga apabila ada lubang atau halangan diatas jalanraya, jangan lupa untuk beri isyarat nanti naya member dekat belakang, tonggang langgang jatuh, bekok cobong muke member nanti..Kalau bercadang untuk berkayuh dalam group yang besar, adalah lebih baik jika anda ada escort sekurang-kurangnya di belakang. Paling penting sekali, tak kira lah korang tengah cruising ke, tengah high speed ke hatta tengah memecut dan sedang membayangkan korang adalah Peter Sagan tak pun Celeb Ewan, tolonglah berhenti bila lampu merah. Tak rugi satu sen pon kalau timing korang slow ke, tertinggal dari group ke ataupun yang jenis concern data-data powermeter tak pun strava ni ke, yang penting nyawa anda tak melayang..

“Yang terakhir, tolong respect pengguna jalan raya yang lain. Mereka bayar cukai jalan dan mereka ada hak yang lebih berbanding kita. Bak kata omputih ‘Treat people the way you want to be treated’. Jangan timbulkan kemarahan pengguna jalan raya yang lain kerana impak die nanti semua orang kena. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Orang kalau dah marah most of the time hilang pertimbangan. Maka perlulah ada integrasi sesama pengguna yang lain seperti mana kita hidup berintegrasi sesama kaum dan bangsa di Malaysia ni. Sekian..Respect is Earned, Not Given.”. ujarnya. Semoga semua pengguna basikal cakna dan ambil tindakan dengan teguran ini untuk kebaikkan bersama.

SUMBER: LOBAKMERAH