Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia merayu sesuatu kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya untuk golongan ini setelah dilihat kes positif Covid 19 di negara Malaysia semakin meningkat.

Kes positif Covid-19 di Malaysia dilihat kembali meningkat terutamanya di Sabah. Bukan itu sahaja, kluster-kluster baharu juga muncul setiap hari dan ia sememangnya sangat membimbangkan semua pihak. Lebih-lebih lagi apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) bakal tiba dan kempen pilihan raya sedang rancak berlaku disana melibatkan ahli politik dan para penyokong parti masing-masing. Merayu jaga SOP. Namun begitu, pihak KKM telah mengeluarkan nasihat tegas yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Datuk Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitternya dengan meningatkan semua pihak agar kekal menjaga SOP.

Bantulah negara kawal penularan. Dalam kenyataan beliau, KKM merayu semua pihak tanpa mengira status dan kedudukan masyarakat agar mematuhi SOP ketika berkempen dan mengundi. Mereka juga menyeru agar kita semua dapat membantu negara dalam mengawal penularan Covid-19 ini yang dilihat agak membimbangkan di negari di Bawah Bayu itu.

KKM tetap fikir keselamatan rakyat. Sehubungan dengan hal tersebut, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan DG Hisham agar semua pihak menjaga SOP ketika pilihan raya. Mereka turut berharap agar semua ahli politik memahami keadaan sekarang dan tidak terlalu terburu-buru dalam memegang tampuk kekuasaan dan melecehkan kesihatan rakyat serta penyokong parti masing-masing.

Sumber: DG Hisham, Oh My Media

9 SOP perlu dipatuhi

KEPUTUSAN kerajaan membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin ini menjadi berita gembira kepada rakyat Malaysia selepas hampir dua bulan kuarantin di rumah. PKPB membolehkan operasi beberapa sektor ekonomi dibuka semula bermula 4 Mei dengan menguatkuasakan standard prosedur operasi (SOP) ketat.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Telegram rasminya menyenaraikan sembilan SOP yang perlu dipatuhi semua pihak terbabit termasuk orang ramai iaitu, 1. Amalan jarak sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangnya satu meter. 2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitiser. 3. Penggunaan penutup hidung dan mulut. 4. Saringan kesihatan di pintu masuk premis 5. Keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU. 6. Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan. 7. Bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial. 8. Menggalakkan transaksi secara atas talian. 9. Melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan Covid-19.-HMETRO