Terkini kes positif covid 19 kembali kepada 1 digit. Hanya 9 kes postif saja harini. Mengejutkan rupa rupanya ini punca.

PUTRAJAYA, 11 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan hanya sembilan (9) kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Jumlah kes baharu yang kembali ke satu (1) angka itu menjadikan keseluruhan kes kini adalah sebanyak 9,103 kes.

Daripada sembilan (9) kes tersebut,  lima (5) adalah kes import dan empat (4) lagi merupakan penularan tempatan. Dilaporkan tiga (3) kes daripada kes tempatan adalah daripada Kluster Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, kesemuanya melibatkan bukan warganegara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula mencatat sebanyak 169 kes, bersamaan 1.86 peratus. Sementara itu, hanya enam (6) kes sembuh dilaporkan, menjadikan angka kumulatif kes sembuh terkini meningkat ke 8,809 kes bersamaan 96.77 peratus.

Dalam pada itu, tiada kes pemergian terbaharu, angka kekal 125 kes. 3 daripada 4 kes tempatan adalah dari Kluster DTI Bukit Jalil melibatkan kesemua bukan warganegara. Namun hanya 3 kes ini sahaja yang dikesan aktif dalam kluster tersebut.

Sumber: KKM