Terkini Kkm dedahkan bukan hanya gelang pink je gelang pink kini ada 5 warna. Rupa rupanya ini maksud setiap warna gelang yang ramai tak tahu.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan gelang tangan atau tag kuarantin C0VID-19 tidak hanya berwarna merah jambu, sebaliknya terdiri daripada lima warna berbeza. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun perbezaan warna gelang itu mempunyai fungsi yang sama iaitu dipakai oleh individu di bawah pengawasan (PUS).

Jelas beliau, perbezaan warna gelang tersebut adalah tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). “Gelang kuarantin adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara yang pulang dari luar negara atau individu yang berada di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) secara pentadbiran.

“Untuk makluman semua, selain gelang berwarna merah jambu, terdapat juga gelang berwarna putih, biru, merah atau kuning yang digunakan. “Tempat dan tarikh saringan dilakukan akan ditulis pada gelang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Apa maksud setiap warna gelang?

Tegas Dr Noor Hisham, individu yang telah dipakaikan gelang kuarantin tersebut tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat, kecuali bagi ketua keluarga. Bagaimanapun, gelang kuarantin hanya boleh dip0tong oleh PKD yang terlibat setelah tempoh kuarantin tamat. “Kegagalan untuk mematuhi arahan kuarantin boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat sekeliling.

“Sekiranya masih terdapat individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, laporan kepada pihak polis perlu dilakukan bagi melindungi masyarakat kita daripada risiko penularan C0VID-19. “KKM sangat berterima kasih di atas keprihatinan masyarakat yang mengambil peranan sebagai barisan hadapan di kawasan masing-masing yang bertindak melap0rkan individu dengan gelang kuar4ntin yang berada di tempat umum,” katanya lagi.

Sumber: Awani, Twitter

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.