Terkini KKM dedahkan kes baru positif covid 19 kebali kepada dua angka. 16 kes disahkan positif termasuk 12 kes tempatan. Rupa rupanya ini punca.

PUTRAJAYA, 19 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 16 kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 kini meningkat ke 9,235 kes. Daripada 16 kes tersebut, empat (4) daripadanya adalah kes import manakala 12 lagi melibatkan penularan tempatan.

Sementara itu, terdapat 185 kes aktif dengan kebolehjangkitan dicatatkan. Dalam pada itu, 23 kes sembuh dan dibenarkan discaj menjadikan angka kumulatif sembuh terkini turut meningkat ke 8,925 kes bersamaan 96.64 peratus. Tiada pertambahan bagi kes pemergian, angka kekal 125 kes.ka-16-kes-dilaporkan-termasuk-12-kes-tempatan.

Sumber: KKM

Terkini KKM Sahkan 1 Lagi Kluster Baru Disahkan Di Kedah Dengan Libatkan 2 Anggota Polis. Rupa Rupanya Ini Punca Buat Warganet Terkedu.

Putrajaya, 14 Ogos – Satu lagi kluster baru COVID-19 dikesan di Kedah hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) kluster dikenali sebagai Kluster Muda ini merupakan antara 20 kes baru hari ini. “Kluster Muda di daerah Kuala Muda. Kes pertama (kes ke-9,114) adalah seorang anggota polis. Kes kedua (kes ke-9,147) hari ini adalah rakan kerja kepada kes pertama.

“Setakat hari ini, 124 kontak rapat disaring- 5 negatif, 117 masih menunggu keputusan. Pengesanan kes aktif dan langkah pencegahan diteruskan,” tulis KKM. Punca jangkitan kluster berkenaan masih di dalam siasatan. Sementara itu, seramai 11 individu disahkan positif COVID-19 setakat ini melibatkan Kluster Tawar di Baling hasil saringan ke atas 86 individu yang menjadi kontak rapat kes pertama kluster berkenaan.

Berdasarkan data KKM, Kedah mencatatkan 12 kes baru hari ini, menjadikannya negeri dengan jumlah kes baru tertinggi sehingga 12 jam tengah hari tadi. Negeri lain yang mencatat pertambahan ialah Pulau Pinang, 1 kes, Selangor (2), Kuala Lumpur (4) dan Sarawak (1). Maklumat lanjut mengenai kluster baru bakal menyusul.

Sumber: KKM