Terkini Lisdawati luahkan sesuatu mengenai dirinya selepas ditimpa ujian. Ini pesanan yang diberikan buat anak anaknya sehingga menyentuh hati warganet.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Lisdawati mengaku dirinya sekarang lebih tenang menghadapi ujian. Lisda atau nama sebenar, Nisdawati Nazaruddin, berkata dia sering mengingatkan diri soal pemergian, lantas menjadikan dia lebih positif melalui hari mendatang. “Tambah lagi, apabila saya selalu membaca berita pemergian secara mengejut. Disebabkan itu, hari-hari saya berpesan kepada anak-anak agar bersedia kerana bila-bila masa Mama akan pergi.

“Hari-hari yang berlalu adalah hari-hari untuk saya mencari jalan pulang. Pada masa sama, saya mahu bawa anak-anak ke jalan sama dengan memberi didikan agama yang betul. “Alhamdulillah, anak-anak terima dengan baik. Sama juga dengan anak-anak tiri mereka sedang belajar. Saya sangat bersyukur biarpun anak-anak tiri saya ada kerenah masing-masing, namun, mereka anak yang baik,” katanya kepada BH Online.

Ibu kepada lapan cahaya mata termasuk empat anak tiri ini mengaku banyak belajar daripada setiap dugaan ditempuhi. Lantas, Lisdawati tenang menjawab segala persoalan terutama membabitkan suami dan keluarga. Isteri kepada Fauzi Nawawi ini mengulas mengenai entri dimuat naik di laman sosial baru-baru ini yang menyentuh soal masalah komunikasi dalam keluarga.

Lisdawati berkata, hubungannya bersama suami sangat baik, apatah lagi selepas melahirkan anak keempat yang berusia dua tahun. “Orang selalu memandang saya memegang watak lembut manakala abang Fauzi watak antagonis. Orang menyifatkan abang sebagai orang yang suka buat perangai, saya pula wanita yang selalu teraniaya. “Tapi, Alhamdulillah, hubungan saya dan abang sangat baik dan kami saling memahami. Jadi, semua kisah yang tersebar, saya anggap sebagai ujian yang perlu tempuhi.

“Sebagai seorang isteri, saya percaya ujian itu bukan datang saja-saja,” katanya. Tambah Lisdawati, sejak melahirkan anak keempat, dirinya sangat bahagia. “Ketika mengandung anak keempat, saya merasakan melalui fasa saya kembali bercinta dengan abang,” katanya. Lisdawati, 42, mendirikan rumah tangga dengan Fauzi yang juga pelakon dan pengarah pada 9 September 2007.

Siapapun diri kita, sekuat manapun diri kita ketahuilah, bahawa di setiap kejayaan seorang anak itu berdirinya seorang ibu yang sentiasa teguh menyokong dan berdoa untuk anda. Kasih dan sayang seorang ibu tidak pernah berkurang walau sedikitpun, mereka sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Seorang ibu sanggup melakukan apa saja untuk anak-anak mereka, walau terpaksa berkorban masa dan tenaga. Demi kepentingan dan masa depan anak-anak mereka. -diyprintingsupply

SUMBER: BHONLINE