Terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO mengesahkan sesuatu mengenai virus Covid 19. Rupanya ini yang dibongkarkan kepada seluruh dunia.

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengulangi pengesahan bahawa COVID-19 adalah virus yang wujud secara semula jadi dan bukannya buatan manusia. Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, menekankan perkara itu ketika taklimat media mengenai COVID-19 dan meminta semua pihak berhenti menuding jari menuduh satu sama lain.

“WHO mempercayai kaedah sains dan bukti, sebab itulah kami mengutamakan sains, penyelesaian dan solidariti, terutama dalam isu COVID-19 ini,” katanya. Tegas beliau, banyak kajian mengenai asal-usul virus menunjukkan COVID-19 atau SARS-CoV-2, wujud secara semula jadi dan bukannya dari mana-mana institusi. Tedros mengeluarkan kenyataan itu sejurus selepas seorang saintis berjanji untuk menerbitkan bukti yang menyokong dakwaannya mengatakan virus itu bukan dari alam semula jadi, sebaliknya dicipta di sebuah makmal di Wuhan, China.

Difahamkan, Tedros mungkin merujuk kepada pakar virologi dari Hong Kong, Dr Li-Meng Yan, yang membuat dakwaan terbabit baru-baru ini dalam satu temu bual dengan Fox News, selepas berjaya melarikan diri ke Amerika Syarikat. Ahli virologi itu, yang kini dalam buangan, turut mendakwa kerajaan China dan WHO mengetahui lebih awal mengenai jangkitan daripada manusia manusia tetapi tidak mengumumkannya. Katanya, semua laporan hasil kajiannya tidak diendahkan oleh pegawai atasannya, yang juga antara pakar terkemuka bidang virologi dan imunologi global serta mempunyai hubungan rapat dengan WHO. Beliau juga mendakwa China dan WHO menyedari lebih awal mengenai betapa seriusnya kesan COVID-19 itu jika tidak dibendung segera. – AGENSI

Sumber: BH Online

WHO nafi COVID-19 buatan manusia, berpunca dari makmal

Dahulu, punca kepada penularan wabak COVID-19 masih menjadi perdebatan dalam kalangan para saintis dunia sehingga mendorong kepada beberapa teori konspirasi dari mana asal virus itu. Ini termasuk dakwaan mengatakan ia berpunca dari sebuah makmal keselamatan bio yang terletak di kawasan pinggiran di bandar Wuhan, dikenali Institut Virologi Wuhan (WIV). Biarpun begitu, pemerhati isu kesihatan global, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), menolak sepenuhnya dakwaan bahawa virus itu kononnya merupakan hasil buatan makmal.

“Semua bukti kajian yang ada ketika ini jelas mengatakan bahawa ia berkemungkinan berasal dari haiwan dan tiada bukti yang kukuh mengatakan ia dimanipulasi atau dicipta di makmal atau dari mana-mana tempat yang tidak diketahui,” kata jurucakap WHO, Fadela Chaib.Chaib, pada masa sama, menekankan bahawa selari dengan konsensus saintifik ketika ini, virus itu dikaitkan dengan kelompok ekologi kelawar. “Ramai ahli penyelidik telah berjaya mengkaji ciri-ciri genomik virus SARS-CoV-2 itu, tetapi tiada sebarang penemuan mendapati ia merupakan buatan makmal,” katanya. – Awani