Baru sahaja keluarkan produk keluaran pasangan ini Syatilla Melvin telah dikritik teruk gara gara cara mempromosikannya. Terkini Syatilla Melvin beri respon ini setelah dikritik teruk dengan warganet.

Syatilla berkata, dia menganggap kata-kata negatif yang dilemparkan sejak mula bergelar selebriti menjadi pembakar semangat untuk maju ke hadapan. Ia susulan dakwaan dia dan suaminya yang juga pelakon, Shaheizy Sam menggunakan foto berunsur tak elok dan ‘double meaning’ di laman sosial bagi mempromosikan minuman jamu keluaran mereka.

“Sepanjang membabitkan diri dalam dunia seni, saya menerima kritikan yang dilemparkan dengan tenang. Saya tukarkan ia kepada sesuatu yang positif. “Saya tak mahu terasa kerana perkara ia sebenarnya menjadikan saya kuat dan membentuk diri saya yang ada sekarang,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik maskara Hijab Mata Kekasih menerusi jenama Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre baru-baru ini.

Menjawab dakwaan yang mengatakan dia menggunakan cara pemasaran murahan untuk menjual produk, Syatilla mengakui sengaja menggunakan foto pelbagai makna dan terpulang kepada orang luar untuk menerimanya. “Saya dan Sam sengaja guna foto pelbagai makna dan kami sendiri dah rasakan pastinya ia mendapat perhatian ramai. Tetapi bagi kami, kalau mereka rasa perkara terbabit tak elok atau negatif, maka secara automatik menjadi negatif. “Ia berbeza kalau ada yang memandangnya secara baik dan positif. Jadi, apabila ada isu, apa yang kami sampaikan berjaya. Sejujurnya, tak ada niat pun nak jadikan perkara ini nampak tak elok, tapi kalau ada warganet nak rasakan ia negatif, kami sendiri tak dapat nak kawal pemikiran orang,” katanya.

SUMBER: HMETRO

Guna Foto ‘Double Meaning’ Untuk Promosi Produk.

Baru-baru ini kecoh di media sosial Instagram apabila pasangan selebriti terkenal, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam dikritik hebat  oleh warganet apabila dikatakan telah menggunakan iklan berunsur lucah sebagai salah satu rangka promosi produk mereka yang terbaru iaitu, Pengasih. Pengasih yang merupakan produk penjagaan dalaman wanita milik pasangan itu didakwa warganet telah menjalankan pemasaran secara murahan dan unsur tidak baik.

Dalam pada itu, Syatilla tidak berniat sama sekali untuk menjadikan iklan produk terbarunya itu kelihatan seperti sesuatu yang tidak baik. Malah, dia turut menganggap bahawa ‘bad marketing’ juga adalah salah satu teknik pemasaran yang boleh diguna pakai buat peniaga di luar sana. Baginya, segala kritikan yang diterima membuatkan dirinya lebih kuat dan hanya mengganggap semua itu sebagai perkara yang positif dalam hidup.

Sumber: mStar Online