Terlalu banyak kes menduakan pasangan. Datin Seri Noniswara nasihatkan para artis dan warganet untuk terapkan satu amalan ini dalam sebuah perhubungan

Permasalahan rumah tangga yang melibatkan orang ketiga bukan satu perkara baru dan mungkin boleh berlaku di kalangan sesiapa sahaja. Pelakon senior, Datin Seri Noniswara ada berkongsi pendapat mengenai isu menduakan dalam rumah tangga.Pelakon senior berusia 55 tahun ini menambah, sebagai isteri kita tidak sepatutnya menceritakan keburukan suami pada orang lain.

“Jujurnya saya pernah perkara tersebut dan bagi saya, apa sahaja yang berlaku seboleh-bolehnya usah aibkan suami, terutamanya kepada orang luar.“Saya percaya, dalam melayari alam rumah tangga akan ada pasang surutnya. Jadi sebagai wanita, hal sedemikian akan dialami tetapi biarlah kita sendiri selesaikan bersama pasangan.“Isu ini biasa berlaku sama ada dalam kalangan artis atau sesiapa sahaja. Cuma kalaulah ia berlaku, akan lebih banyak memandang kepada golongan selebriti.

“Bila ia berlaku, warganet akan beri macam-macam telahan jika kita terlalu berkongsi. Jadi lebih baik serahkan pada Dia dan banyak-banyak pohon dia moga dipermudahkan masalah. “Daripada aibkan diri masing-masing, lebih baik kita diamkan sahaja dan cuba selesai sendiri bersama pasangan,” jelasnya kepada MH. Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini tidak menafikan pernah berdepan situasi yang lebih kurang sama menerusi perkahwinan terdahulu.

“Seboleh-bolehnya, saya tak nak mengeruhkan keadaan dan sebenarnya bila difikirkan, itulah yang terbaik.“Sebagai seorang isteri, pasti kita akan rasa sedih, sangat perit. Malah rasanya seolah-olah dunia ini gelap sangat.“Akan tetapi, bila rasa sudah tenang, bawa berbincang dan kalau sudah tiada jodoh, siapalah kita untuk meneruskan? Semuanya kepada Tuhan,” kongsinya lagi.

Sekadar infomasi, Noniswara sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Zakaria Rahman dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.Selepas itu, bintang drama bersiri Cinta Bukan Kristal ini berkahwin dengan Datuk Rosman Ridzwan pada tahun 2006 namun berpisah pada tahun 2013.Kini, Noniswara bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan yang dikahwininya sekitar tahun 2015.Noniswara telah ditemui di majlis pelancaran produk penjagaan kulit Ali Zahra di Grand Millennium Hotel, Kuala Lumpur pada Ahad.-mediahiburan

Cantik Manis Persis Ibunya. Wajah Anak Dara DATIN SRI NONISWARA Ini Buat Ramai Tertawan!

Sehingga kini pelakon jelita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini dilihat masih aktif dalam dunia lakonan. Datin Sri Noniswara Baharudin kini bahagia bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Dato’ Sri Dr Sheikh. Ini merupakan perkahwinannya yang ketiga selepas berpisah kali kedua pada tahun 2013. Datin Sri Noniswara memiliki 3 orang anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Naveer Mihshon (26 tahun), Nurerysha Emyra (21 tahun) dan Nazeer Danish (13 tahun).

Walaupun menempuh berbagai onak dvri dalam hidupnya, keakraban Datin Sri Noniswara bersama anak-anaknya tetap utuh umpama sahabat baik. Bertuah sungguh Datin Sri Noniswara kerana masih kekal cantik dan ramping walaupun kini usianya hampir mencecah 50 tahun. “Hubungan kami umpama kakak dan adik, kadang-kadang seperti sahabat. Saya banyak berbual dengan anak-anak antaranya tentang isu semasa, agama dan sentiasa mendengar luahan hati mereka. Saya juga bersikap terbuka. Mereka boleh berkongsi apa sahaja perkara dengan saya.”

Anak gadis tunggal Datin Sri Noniswara iaitu Nurerysha Emyra atau Erysha telah meraih perhatian ramai khususnya di media sosial kerana mewarisi kecantikan asli ibunya. Erysha juga cemerlang dalam SPM setelah memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan tersebut. Kini, selain sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang perakaunan Erysha juga bergelar model sambilan

“Erysha seorang yang sensitif dan mudah menangis kalau ditegur Daddy, maklumlah anak manja Daddy. Pun begitu, walaupun manja dan lembut Erysha juga seorang yang tegas, ada pendirian serta tahu apa yang diinginkan. Kalau dengan saya, Erysha tetap nak makan bersuap. Waktu makan selalu minta disuapkan sampailah sekarang. Kalau berjalan suka dipimpin tangan. Apabila dia sedang bercakap, dia nak kita fokus dan mendengarnya dengan sepenuh perhatian. She likes to share with me.

Sejak kecil saya lihat Erysha banyak terikut-ikut dengan cara saya seperti cara bercakap, berjalan dan makan. Bila saya berdandan, dia akan perhati dan menunjukkan minat. Erysha juga seorang pembersih dan cerewet dalam menjaga kecantikan serta penampilan. Contohnya, tudung mesti nak kemas. Susunan barang-barang pun kena perfect. Macam Mummy dia ni, perfectionist! Tetapi kami bukanlah OCD (obsessive-compulsive disorder) sebaliknya mempunyai banyak persamaan. Begitu juga dalam soal kesihatan, she is very concerned.

Makanan semua nak yang berkhasiat dan organik. Kadang-kadang Erysha sendiri yang nasihatkan saya supaya jangan makan itu, jangan makan ini. Kesimpulannya kami banyak berkongsi hal-hal kecantikan, kesihatan, agama, pelajaran dan masakan. Bercakap tentang masakan, saya juga setuju bahawa anak perempuan perlu tahu memasak. Walaupun saya tak pernah memaksa tetapi Erysha sendiri yang menunjukkan minatnya untuk memasak. Begitu juga dengan abangnya, Naveer Mihshon. Kadang-kadang dua beradik ni kalau masuk ke dapur sebab nak masak sendiri menu kegemaran mereka. Kedua-duanya gemar memasak hidangan Barat or Italian.

Seterusnya nasihat saya buat Erysha, usah terburu-buru dalam membuat pilihan. Focus on study first. Bila dah sampai masanya pilihlah bakal suami yang beragama, berakhlak baik, berpelajaran, hormat orang tua, penyayang, berasal dari keluarga yang baik-baik serta boleh membimbing dirinya ke jalan yang betul. Sebagai ibu sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk masa depan Erysha. Begitu juga dengan anak-anak yang lain.Saya amalkan rutin asas sahaja. Apa yang penting elakkan stres dan sentiasa menjaga kelembapan kulit wajah dengan menyapu pelembap setiap hari. Kulit yang kering akan mencepatkan proses penuaan. Selain itu, saya juga banyakkan beribadah termasuk beriadah, sentiasa merasa gembira dan bahagia.

Alhamdulillah, kini dah masuk 5 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Dato’ Sri seorang yang gemar bergurau, berjenaka dan happy all the time. Kalau Dato’ Sri bercakap saya perlu memandang wajahnya serta mendengar dengan baik. Mungkin itulah yang membuatkan suami selesa dengan saya. He said I am a good listener. Dato’ Sri juga sebenarnya seorang yang manja.

IMPIAN & NASIHAT. Saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan buat saya. Pengalaman lalu membuatkan saya menjadi lebih matang. Semua yang berlaku ada hikmah. Rasanya tiada apa lagi yang saya impikan. Berkat doa saya setiap hari, banyak yang telah Allah SWT tunaikan, alhamdulillah. Saya juga berdoa agar Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan dan rezeki yang berpanjangan hingga ke akhir hayat saya. Semoga Allah SWT memberkati apa jua yang saya dan keluarga lakukan. Harap-harap dapatlah saya melihat kehidupan dan kejayaan anak-anak kelak, InshaAllah.

Nasihat saya buat kaum wanita di luar sana pula, jadilah seorang wanita dan ibu yang baik. Banyak bersabar, sentiasa bersyukur, banyak mengalah, tegas dan rajin melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu. Usah mengeluh dan cepat melatah jika ada dugaan-dugaan yang datang. Usah mudah pr0tes dan ‘cengeng’. Jangan lupa berdoa dan mohon kepada Allah SWT. Usaha dan doa mampu merubah kehidupan kita menjadi lebih baik.

Alhamdulillah suami sangat memahami malah menggalakkan lagi saya berlakon. Kalau tak bekerja, selalunya saya akan manfaatkan masa bersama keluarga seperti menonton, berbual, makan, mengemas, berkebun, solat berjemaah dan tazkirah bersama,” akhiri Datin Sri Noniswara yang kini sedang menjalani sesi penggambaran drama bersiri ‘Pink Smile’. Kredit Foto: Instagram @noniswara @eryshaemyra