Terlalu banyak mangga pada bungkusan. Rata rata warganet menunjukkan pelbagai reaksi untuk melihat apa yang ada dalam bungkusan tersebut. Rupanya ini yang terjadi.

Kita semua tahu tentang perasaan apabila menunggu pesanan secara atas talian sehinggakan kita memeriksa nombor tracking pada setiap hari. Perasaan teruja itu seolah-olah barang berkenaan dihadiahkan kepada kita walhal kita yang membelinya.Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Tiktok yang dikenali sebagai @joemakeuhappy dimana terdapat sebuah bungkusan yang diterima oleh seorang lelaki. Menerusi video perkongsian itu, bungkusan tersebut dipenuhi dengan kunci mangga yang banyak.

Lebih menggeramkan apabila kunci mangga yang terdapat disekeliling bungkusan itu dibuka satu per satu. Ramai yang berasa tidak sabar untuk melihat isinya ketika pemuda itu sedang membuka bungkusan terbabit. Setelah ia dibuka, ternyata bungkusan itu mengandungi emas yang banyak. Namun rupa-rupanya adalah kepingan coklat yang berbentuk emas. Pasti ramai yang menyangka bahawa bungkusan tersebut mengandungi emas tulen.

Rata-rata warganet berasa  terhibur setelah melihat isi dalamnya itu di samping terdapat segelintir warganet yang turut memberikan komen melucukan apabila mengetahui bahawa ia adalah merupakan kepingan coklat. “Bayangkan dah bukak tapi tengok-tengok takde pape”. Video yang dikongsikan itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 433.4 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter terbabit. “Bayangkan emas tu tulen”. ” itu coklat, saya dah makan semuanya” jawabnya. “Saya sangka kotak tu kosong”

SUMBER: HCL

Terima 600,000 parcel setiap hari, Pos Malaysia harap pelanggan bersabar

Orang ramai diminta bersabar menunggun ketibaan bungkusan, yang dihantar menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hal ini dimaklumkan oleh Pos Malaysia menerusi akaun Twitterya yang menjelaskan bahawa syarikat itu kini menerima secara purata lebih 600,000 parcel setiap hari, yang membawa kepada timbunan bungkusan di Hub KLIA. Perkara ini menjadikan tempoh penghantaran menjadi lebih lewat berbanding biasa. Jelas status itu lagi, sepanjang PKP juga pihak Pos Malaysia menjalankan operasi  mengikut kepada garis panduan dan pematuhan PKP. Pihaknya sedang berusaha untuk memastikan segala bungkusan dapat dihantar kepada pelanggan dengan selamat selain, mengikut amalan pencegahan COVID-19 yang digariskan.- Soyacincau