Terlalu lama masak pelbagai menu untuk keluarga. Ini 4 tips mudah jimatkan masa memasak.

Setiap kali nak masak, suri akan ambil masa kupas bawang, siang ikan, bersihkan ikan bilis, potong sayur dan sebagainya. Untuk tiga jenis lauk ambil masa memasak sampai sejam lebih. Bayangkan, kalau masa rumit itu boleh dipendekkan. Suri kena kreatif dan bijak. Tip yang dikongsikan ini membolehkan anda lebih konsisten memasak, lebih cepat, efisien dan paling penting boleh membekalkan makanan berkhasiat kepada anak setiap hari. Ketika memasak, waktu prepare barang itulah yang lama. “Nak kupas bawang, nak tumbuk lagi, nak bersihkan ayam lagi, nak potong sayur lagi. Jadi, bila jimatkan waktu prepare barang ni memang cepat sangat masa memasak. Kuali panas, masuk minyak, campak-campak dah siap.

Teknik adalah satu hari dalam seminggu misalnya hari Jumaat, lepas balik kerja, ke kedai beli barang dapur. Sampai rumah bersihkan dan settlekan semua, dari menyiang sampailah masuk peti ais. Jangan beli barang mentah ketika sibuk. Nanti jawabnya masuklah ayam, ikan ke freezer lepas tu tak sempat kemas. 4 tips ini cara jimat masa ketika memasak.

Pertama, kenalpasti masakan yang selalu anda masak. Jadi, bahan yang kita selalu guna waktu masak seperti serai dan bawang, kita aim waktu nak masak nanti semua dah ready, Jadi mudah nak masak kalau barang dah disediakan serta menjimatkan masa. Sediakan lebih awal stok dada ayam potong dadu, carrot, potato, stok bawang dikisar. Kisar halus semua bawang.Senang nak menumis nanti. Sebelum kupas bawang rendam dalam air 10 minit nanti senang kupas. Bawang merah, kisar bawang lebih jimat masa nak kupas, rasa sama saja dengan bawang merah kecil tu. Kalau selalu buat masakan macam masak merah ke sambal, silalah kisar bawang banyak-banyak, boleh tahan 2 minggu lebih. Yang penting masa guna sudu asingkan waktu guna nanti. Jangan guna satu sudu cedok semua bawang waktu masak, tak tahan lama jawabnye nanti.

Kedua, rancang menu seminggu. Jimat sikit belanja dapur bulanan dan jimat masa nak fikir hari ini nak masak apa, pernah bangun pagi tak ada idea nak masak apa. Dah ambil masa berfikir-fikir. Biasa kita akan masak 2 menu untuk bekal anak. Kalau letih sangat 1 menu pun jadilah. ketiga, kerjasama suami. Kena minta tolong suami jaga anak waktu nak prepare barang-barang ni. Alahai tak lama pun, bila selalu buat cepat ja preparenya, kalau suami malas, suruh dia yang prepare barang masak.

Keempat, kena rajin dan usaha. Beli ayam hari yg sama kena terus bersihkan. suka asing bahagian dada. Bahagian dada potong kecil-kecil terus. Paling bagus buat satu bekas untuk sekali masak. Nanti nak guna letak saja bawah air paip mengalir dalam 10 minit dah lembut. Kena rajin, bagi yang bekerja, bila tinggalkan anak dengan pengasuh, perasaan lega sikit sebab nanti tak terfikir-fikir anak aku makan ape ya, dah makan ke belum, cukup ke makanan. Masa zaman houseman, salah satu terapi nak hilangkan stress bagi kita bawa bekal makanan anak

Sumber: Nadya Sufia