Terlalu obses akan bola sepak hingga beri kesan yang ini pada anggota badannya jadi teka teki ramai. Pu Amin cerita kisah sebenar pada umum rungkai persoalan ramai

Pendakwah Pencetus Ummah (PU) Amin terpaksa menjalani operasi di sebuah hospital swasta hari ini selepas mengalami kelukaan pada bahagian lutut kanannya. Menurut PU Amin, operasi itu perlu dilakukan selepas doktor mendapati urat lutut kanannya terputus akibat kelukaan ketika bermain bola sepak dua minggu lalu. “Mulanya bila rasa sakit saya pergi klinik sahaja, tapi tak surut-surut pula. Lutut jadi bengkak. Sangkakan terseliuh sahaja, rupanya-rupanya apabila pergi lakukan x-ray, urat ACL (ligamen anterior cruciate) saya putus. “Jadi, doktor terpaksa lakukan operasi untuk ambil urat di paha untuk digantikan di bahagian lutut,” katanya kepada Astro Gempak. Menurut PU Amin, dia sudah dimasukkan ke wad hospital di Kajang sejak semalam.

“Hari ini operasi itu dilakukan. Insya-Allah jika semuanya okay, doktor jangka Rabu dah boleh keluar,” katanya.Terdahulu, menerusi satu entri di Instagram, PU Amin turut berkongsi gambar dirinya yang kini berada di wad hospital. Di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar dirinya cepat sembuh dan dapat kembali bekerja seperti biasa. “Allah, kenapa Amin? Hang operasi lutut ke? Cepat sembuh.” komen penyanyi Fakrul UNIC.
“Moga cepat sembuh Amin,” tulis pelakon Fadzil Zahari. Saksikan program yang menampilkan PU Amin di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

“Caprice kata saya kurang cerdik pun tak apalah!” – PU Amin mengalah, padam muat naik mengenai dosa pakai rantai emas

Pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Amin mengambil keputusan memadam perkongsian terbaharunya yang menyentuh mengenai dosa dedahkan aurat dan memakai emas untuk lelaki di laman Instagram pada Jumaat. Meskipun mesej itu tidak ditujukan pada mana-mana pihak, PU Amin berkata perkongsian tersebut telah menyinggung hati sahabatnya yang juga penyanyi rap Caprice. “Saya dah padam dah, saya tak nak keruhkan keadaan, minggu depan saya nak pergi umrah.

“Sedangkan posting saya itu tidak sebut nama siapa-siapa, tidak tuju pada sesiapa, terus dia tak senang duduk, berang semacam. Pelik juga, saya dan Caprice ni kawan, pernah jumpa banyak kali. “Caprice kata saya kurang cerdik pun tak apalah, saya doakan Caprice sihat dan berjaya dalam hidup, semoga Allah memelihara Caprice dengan kasih sayang-Nya,” katanya menerusi laman Instagram. PU Amin berkongsi paparan skrin komen yang ditulis di akaun Instagram Caprice. Sebelum itu, PU Amin menulis mengenai ujian akhir zaman di mana manusia semakin ingkar dan berani melanggar perintah Allah SWT.

Antara yang disebut ialah mengenai kewajiban menutup aurat, hukum memakai emas untuk lelaki dan dosa berbicara perkara kurang elok. “Tahu pakai emas bagi lelaki tak dibenarkan dalam Islam, tapi itu hak aku tak patuh je. Tahu tutup aurat wajib tapi itu life aku, jadi ikut kehendak aku je. “Belum pernah ada dalam sejarah manusia boleh berjaya lawan Allah,” tulis PU Amin.

Saya tak pernah tak hormat orang, saya tak berang dekat orang. Saya nasihat supaya taubat itu pun ada tak berpuas hati, bukan saya berkata perkara kurang baik pada orang

Gara-gara perkongsiannya itu ada warganet yang mengaitkan dengan penyanyi rap MK K-Clique yang pernah mengeluarkan kenyataan mengakui selesa mengenakan rantai emas meskipun mengetahui ia tidak dibenarkan. Tidak lama selepas itu, Caprice menerusi laman yang sama membidas kenyataan PU Amin itu. “Memang tak pernah ada dalam sejarah manusia lawan Allah. Kau kurang cerdik ke apa? “Tapi dalam sejarah Malaysia sudah ada Abu (PU Abu) dan Aura 19 (Dai Farhan) dan kamu tak faham tentang Allah itu maha penyayang dan maha mengampuni. Salam Jumaat ustaz,” tulisnya.

Perkongsian PU Amin gundang rasa kurang senang Caprice. Bagaimanapun, kedua-duanya sudah memadam muat naik tersebut. Sementara itu, PU Amin berkata setiap kali ingin menyampaikan dakwah namanya pasti akan dikaitkan dengan isu dan kontroversi membabitkan pendakwah selebriti yang lain. Malah, dia juga mengakui tidak pernah menggunakan bahasa kurang baik dalam menulis sesuatu pesanan di laman sosial. “Tiap kali saya nak buat nasihat dakwah mesti dikaitkan dengan Abu, Aura 19. Berat ujian dakwah, saya mengalah, saya buat dakwah media sosial ini dengan baik. 

“Saya tak pernah bersikap kurang baik pada orang, saya tak berang dekat orang. Saya nasihat supaya taubat itu pun kena mbalik, bukan saya buat sesuatu yang buat orang berang pun.  “Subhanallah indah jalan dakwah ini! Apa pun sentiasa ceria dan happy semua. Jangan saling tidak meyukai antara satu sama lain hidupkan sunnah, sebarkan mahabbah,” ujarnya.

“Belajar Tak Habis Lagi Tapi Dah Nak Kahwin” – PU Amin Throwback Momen Manis Sempena Birthday Isteri

Pengacara dan pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Amin berkongsi momen manis sempena hari ulang tahun kelahiran isterinya di laman Instagram. Memuat naik foto ketika hari perkahwinan mereka, PU Amin mencoretkan ucapan khas yang didedikasikan khas untuk suri hatinya. “Selamat Hari Jadi buat kekasih hati, kawan hidup abang didunia hingga akhirat. Semoga terus sihat, panjang umur dan murah rezeki sepanjang hidupmu. “Terima kasih kerana sanggup bersama sama membina kehidupan dan berkongsi rasa cinta dengan diri ini walaupun pada awal nya abang tidak memiliki apa apa.

“Berkat perkahwinan ini Allah SWT tambah rezeki kita dari hari ke hari. Alhamdulillah. Semoga Allah terus melindungi mu sampai ke syurga. Semoga Allah turunkan kasih sayang-Nya pada keluarga kita,” tulisnya. PU Amin turut menceritakan kisah disebalik foto perkahwinannya. “Ini gambar kahwin saya masa umur 22 tahun tahun 2012. Waktu ni kami dalam pengajian tahun 3 di Universiti Al Azhar. Belajar tak habis lagi tapi dah nak kahwin. “Hanya ada motor Kriss second hand dan sedikit duit biasiswa pengajian. Tapi sebab kenal dari Form 3, lama sangat main surat surat last last kahwin je lah senang.

“Muka saya pun masa ni sangat remaja. Alhamdulillah selepas guna collogen kurma, muka jadi berseri dan matang sikit. Selamat Hari Jadi Sayang,” tulisnya lagi. Di ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan agar perkahwinan yang dibina PU Amin kekal sehingga ke syurga. Hasil perkahwinan mereka, keluarga bahagia ini dikurniakan dengan kehadiran tiga cahaya mata pelengkap hidup.