Terlalu obses dengan drama Korea hingga Rossa tergamak lakukan perkara di luar jangkaan ini buat ramai terkelu. Dia lantang bersuara pertahan apa yang dilakukan raih perhatian ramai.

Penyanyi popular Indonesia, Rossa kini tampil dengan lagu Bahasa Korea berjudul Sangcheo Badeun Maeum. Lagu tersebut adalah rakaman semula untuk single hitnya, Hati Yang Kau Lukai dan dinyanyikan sepenuhnya dalam Bahasa Korea. Lebih mengujakan, lagu Sangcheo Badeun Maeum ini juga telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari para peminat, malah ramai juga yang telah merakamkan versi ‘cover’ di laman sosial. Menurut Rossa, idea untuk menghasilkan Hati Yang Kau Lukai dalam Bahasa Korea mula tercetus ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di mana orang ramai hanya duduk di rumah untuk mencegah penularan wabak COVID-19 baru-baru ini.

“Ketika tempoh bermulanya waktu bekerja dari rumah, saya banyak menonton drama Korea, salah satunya The World of The Married. “Ia mengingatkan saya tentang lagu Hati Yang Kau Lukai, saya sangat sukakan drama tersebut, dari situlah idea untuk menghasilkan lagu ini mula tercetus,” katanya. Rossa berkata demikian dalam sidang media yang diadakan secara virtual dari Indonesia sempena pelancaran lagu Sangcheo Badeun Maeum petang tadi. Tambah Rossa, dia telah mendapatkan bantuan seorang rakan yang tinggal di Seoul, Korea untuk menterjemahkan lirik Hati Yang Kau Lukai ke dalam Bahasa Korea.

“Untuk lirik lagu ini, saya meminta bantuan seorang rakan yang tinggal di Seoul untuk menterjemahkan ke dalam Bahasa Korea. “Pada mulanya, memang mencabar untuk saya menguasai sebutan dengan baik, tetapi setelah berusaha keras, Alhamdulillah ia berjaya dihasilkan,” katanya lagi. Sangcheo Badeun Maeum kini boleh didapati di kesemua platform muzik digital. Sekadar info, lagu Hati Yang Kau Lukai mula dilancarkan pada tahun 2009, sehingga kini ia masih digemari oleh para peminat di Indonesia, mahupun di negara-negara jiran.

Rossa dedah sudah ada kekasih

Penyanyi terkenal, Indonesia, Datuk Seri Rossa dedahkan sudah mempunyai kekasih hati. Rossa, 42, atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani berkongsi perkara itu pada program Di Balik Pintu yang ditayangkan di saluran YouTube Boy William, semalam. Ia susulan pertanyaan daripada pengacara, Boy William sama ada penyanyi lagu Ayat Ayat Cinta itu masih solo atau sudah berpunya.”Tak solo lagi. Saya sedang berkawan dengan seseorang. Saya gembira sekarang,” katanya.

Ditanya mengenai sejauh mana penerimaan anaknya, Rizki Langit Ramadhan, yang kini berusia 14 tahun, Rossa berkata anaknya okay. “Sebelum ini saya pernah memuat naik gambar bersama pelakon Korea Selatan, Kim Sooh Hyun yang disunting oleh rakan. Gambar itu memaparkan Kim memakai baju pengantin tradisional Jawa, begitu juga saya. “Anak menulis di ruangan komen mengatakan dia akhirnya mempunyai bapa baru. Dia okay kalau saya berkahwin lagi. Dia cakap, apa yang penting saya gembira,” katanya. Sebelum ini, Rossa pernah beberapa kali digosipkan bercinta dengan penyanyi, Afgan malah dikhabarkan sudah mahu berkahwin. Bagaimanapun, gossip itu dinafikan Rossa dan Afgan, sebaliknya menyifatkan mereka hanya berkawan baik. Rossa pernah berkahwin dengan Yoyo, anggota band Padi sebelum berpisah pada Julai 2009.

Kecoh Rossa kahwin

Penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa mengejutkan peminat apabila memuat naik foto memaparkan dirinya menggayakan busana tradisional pengantin Jawa bersama seorang jejaka di Instagram (IG). Penyanyi berusia 41 tahun itu melayangkan kapsyen yang antara lain memohon maaf kerana tidak dapat mengundang teman-teman ke majlis pernikahannya berikutan arahan kuarantin. “Terima kasih atas doa dan saya sangat menghargainya… Doakan kita bahagia ya,” katanya dalam entri berkenaan. Tidak hairanlah, perkongsian itu menarik perhatian warganet termasuk rakan selebriti. Rata-rata mereka mengucapkan tahniah kepada penyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta itu yang disangka sudah bergelar isteri.

Ketika dihubungi BH Online, Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani bagaimanapun menafikan dia sudah bernikah seperti yang tercatat dalam kapsyen entri berkenaan. Rossa berkata, dia sekadar mengusik pengikut laman sosialnya. Jejaka yang dipaparkan adalah aktor popular Korea Selatan, Kim Sooh Hyun. “Itu bukan foto asli, ia hasil suntingan teman saya… Tolong jangan percaya,” katanya. Antara selebriti yang terpedaya dengan gurauan Rossa adalah pelakon yang terkenal dengan watak Cinta dalam filem Ada Apa Dengan Cinta, Dia Sastrowardoyo.

Rossa diulit cinta teman lama

Virus cinta sering menyerang pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta ini sejak menjalani hidup solo lebih sedekad lalu. Namun, hingga hari ini, masih belum ada satu pun yang menjangkitinya. Jika ada pun kedengaran Datuk Seri Rossa, 42, menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki, namun akan segera dinafikan penyanyi terkenal Indonesia itu, sambil menyifatkan ia hanyalah gosip semata-mata. Sebelum ini, Rossa pernah digosip bercinta dengan penyanyi Afgan, malah dikatakan bakal mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, gosip berkenaan dinafikan mereka berdua, sambil menegaskan hubungan tidak lebih daripada rakan baik.

Namun, pengakuan pemilik nama Sri Rossa Roslaina Handiyani yang berkongsi rahsia hati dengan dedahkan sudah menemui seseorang menerusi program Di Balik Pintu yang disiarkan pada saluran YouTube Boy William, baru-baru ini, cukup mengejutkan ramai. Tentunya, kesediaan Rossa untuk berkongsi berita gembira memberi petanda dirinya kini sedang dilamun cinta. Rossa berkata, lelaki yang berjaya mengambil hatinya adalah kenalan lama.

“Saya bukanlah seorang yang suka berkongsi kisah peribadi, lebih lagi membabitkan soal berpacaran. Tetapi, saya tidak akan berselindung sekiranya persoalan ini diajukan. “Cuma, buat masa ini, saya tak bersedia dedahkan identiti teman lelaki. Apa yang boleh dikatakan, kami sudah lama berkawan. “Keluarga juga sudah saling mengenali. Selebihnya, biarlah ia menjadi rahsia. Saya hanya berkongsi dengan teman rapat sahaja,” katanya ketika dihubungi BH Online untuk mendapatkan penjelasan.

Mengakui sedang bahagia dengan kehidupan hari ini, penyanyi yang popular menerusi lagu Tegar dan Hati Yang Kau Lukai itu turut meluahkan rasa gembira apabila anak tunggalnya, Rizki Langit Ramadhan merestui hubungannya itu. “Anak okay sahaja jika saya mahu berkahwin lagi. Malah, Rizki sudah lama menantikan saat ini. “Sebelum ini, Rizki pernah menulis dalam ruangan komen foto saya berpakaian baju pengantin tradisional jawa bersama aktor Korea Selatan, Kim Sooh Hyun yang disunting seorang teman dengan menyatakan kegembiraannya kerana mendapat papa baharu. “Bagi Rizki, tiada apa yang lebih penting, selain melihat saya gembira,” luahnya. Rossa pernah mendirikan rumah tangga dengan Yoyo, anggota kumpulan Padi sebelum berpisah pada Julai 2009.

Rossa dalami bahasa Korea

Penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa mengambil kelas bahasa Korea secara peribadi dan mendalami bahasa itu selama enam bulan sebelum merakamkan lagu popularnya, Hati Yang Kau Lukai dalam bahasa Korea.Rossa ketika ditemubual menerusi aplikasi Zoom berkata, dia juga menubuhkan kumpulan WhatsApp khas yang membabitkan beberapa individu yang pandai berbahasa Korea untuk membantunya.

“Selain itu, saya juga ada belajar sikit-sikit dari drama-drama Korea Selatan yang saya tonton. Tapi, yang banyak membantu adalah selepas saya menubuhkan kumpulan WhatsApp membabitkan beberapa kenalan yang boleh berbahasa Korea termasuklah rakan artis, Boy William,” katanya. Rossa yang menyanyikan semula lagu dengan judul Sangcheo Badeun Maeum itu berkata, dia perlu belajar dan benar-benar memahami bahasa itu kerana ingin menjiwai nyanyiannya ketika proses rakaman.

“Apa yang paling penting untuk menjiwai sesuatu lagu adalah dengan memahami lirik yang dinyanyikan. Mujurlah saya banyak dibantu rakan-rakan yang boleh berbahasa Korea. “Walaupun ia bukanlah alih bahasa secara langsung, tapi jalan cerita dalam lagu itu masih dikekalkan seperti mana lagu asal,” katanya. Hati Yang Kau Lukai adalah lagu hasil ciptaan komposer, Enda Ungu dan menjadi lagu yang dimuatkan dalam album studio keenamnya, Rossa yang diterbitkan pada 2009. Lagu itu mula tular baru-baru ini apabila Rossa secara suka-suka merakamkan dan memuat naik video nyanyiannya dalam bahasa Korea dan mendapat reaksi daripada ramai YouTube Indonesia dan Korea Selatan.