Heboh baru pertama kali nampak kucing panjat Rock Climbing. Ternyata aksi kucing itu terus meraih perhatian warganet. Ini komen warganet mengenai kucing yang tular di media sosial.

Mengenali sikap haiwan yang manja satu ini, kucing sememangnya pandai memanjat. Jika dilihat kucing yang dipelihara, ada yang berani memanjat tingkap untuk keluar rumah, panjat pokok dan sebagainya. Keberanian yang ada pada kucing ini dianggap sangat mengagumkan. Selain itu, kucing juga dianggap salah satu spesis yang setia menemani manusia. Seolah kucing juga faham apa yang dikatakan oleh manusia menjadikan ia antara haiwan yang cukup disenangi dan disayangi ramai. Namun begitu bagi kucing yang diberi nama Lalah yang tinggal di Boulbaka Bouldering Gym, Jepun ini lain pula ceritanya.

Menurut pemilik pusat senaman itu, Mitsuru Goan, kucing tersebut sering dilihat memanjat tali dan tangga serta melompat di sana sini. Boleh dikatakan Lalah adalah seekor kucing yang sangat aktif. Namun apa yang dilakukan kucing tersebut baru-baru ini membuatkan dia terkejut! Kucing ini panjat rock climbing yang ada dalam gym tersebut. Ini terjadi selepas Lalah melihat beberapa kali pengunjung memanjat rock climbing tersebut sebelum mencubanya sendiri.

Video kucing itu memanjat Rock Climbing tersebut telah meraih perhatian ramai. Lalah menjadi kucing yang pakar dalam memanjat rock climbing selepas videonya itu tular. Ini pula reaksi warganet selepas menonton video kucing panjat Rock Climbing tersebut. “Tiada apa yang kucing tidak boleh buat…”. “Cara dia mengkaji pergerakan seterusnya sangat comel dan kelakar”. “Orang bertanya macam mana kucing itu turun semula….”. “Mereka sepatutnya pakaikan peralatan keselamatan untuk kucing itu mana tahu secara tidak sengaja ia terjatuh”

Secara persamaannya, kucing di dunia liar memanjat supaya mereka rasa selamat. Tidak semua haiwan boleh memanjat, jadi sebarang pemngsa yang boleh menyrang kucing tidak boleh mengejar mereka di atas pokok. Kucing akan memanjat dengan lebih tinggi untuk meningkatkan keselamatan mereka sekiranya mereka rasa terancam. Menurut Pet MD, ketinggian dan status ada hubungkainya. Di dunia liar, kucing yang duduk di tempat yang paling tinggi menunjukkan hierarki yang paling tinggi. Kira ketua lah. Kalau anda bela kucing yang banyak, anda dapat lihat ada seekor kucing yang suka duduk di tempat lebih tinggi berbanding kucing-kucing yang lain. Ini bermaksud kucing tersebut mempunyai status yang tertinggi dan paling berkuasa.- themamamiow

SUMBER: HCL