Ternyata gambar terbaru Emma meraih perhatian bila ada sesuatu yang tidak kena. Warganet siap berpendapat sesuatu di luar jangkaan ini

Usia kandungan sulungnya kini mencecah enam bulan, baru-baru ini Emma Maembong ada memuat naik gambar terbarunya di Instagram menunjukkan wajahnya yang dikatakan semakin mengembang. Ada segelintir warganet kurang senang dengan tindakan Emma itu, malah turut menegur pelakon itu supaya tidak membiarkan telefonnya dekat dengan perutnya kerana dikhuatiri bayinya terkena radiaasi yang kuat.Meskipun ada yang menegur tindakannya itu, namun ramai yang memuji Emma yang dilihat semakin comel dan berseri-seri meskipun sedang berbadan dua. Untuk rekod, Emma bernikah dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu.-ctto

Aksi Lentik Seorang Jurukamera Meraih Perhatian Ramai. Emma Maembong Terus Balas Komen Win Kat Kenyataan Warganet Ini

Pelakon wanita yang dikenali ramai ataupun lebih dikenali dengan nama Emma Maembong seringkali meraih perhatian warganet dalam media sosial.Emma pada awalnya dikenali dengan watak lakonannya sebagai Munirah dalam drama Kau Yang Terindah, sebagai Aleesa dalam Astana Cinta Aleesa, sebagai Aryana dalam Yes Boss, sebagai Medina Izwani dalam Isteri Separuh Masa, sebagai Farhah dalam Tersuka Tanpa Sengaja dan sebagai Emma Harlini dalam #AssalamualaikumCinta. Terbaru menerusi entri yang dimuatnaik oleh nya pada 2 hari lepas dengan kapsyen:“perngobanan sorg cameraman lentik habis badan dia nk focushahaha. shooting #frontlinerdalpha with abg @azhan_rani , mengisah kan Cov1d jgn lupa tgok nnt..”

Apa yang meraih perhatian warganet, apabila Emma sendiri membalas komen pada satu komen”“Kalau nk pilih pasangan jangan pilih yg kerjanya berlakon…”Komen ini dibalas oleh Emma dengan ayat nya:“sbb tu sy bukan isteri awk..”Memang padu ayat Emma, oleh itu min rimbabara mendoakan Emma sentiasa dilindungi dan berjaya dunia akhirat.

Jom lihat juga apa kata warganet dalam ruangan komen:“jgn sibuk hal rumahtangga org lah.. jaga awek or bini sendiri sudah. Suami kak emma tak bising dia pulak nak jadi batu aapi. Tu…check gf awak…tgh message sapa tu. Kalau dah kawin..gi message bini awak…tanya masak apa jap lagi. Nak belikan apa2 tak? Cukup ke semua bahan? Baru mithali..”“terima kasih nak. Pakcik pun bujang lagi. Mampu nanti pakcik carilah calon bini. Pakcik akan sokong karier bini pakcik nanti.”Jangan lupa komen yang baik baik sahaja. Sumber: IG Emma Maembong, rimbabara/ Berita Stedy Press

Usia Kandungan Mencecah 4 Bulan. Mengejutkan Emma Dedahkan Keadaan Dirinya Terkini Sampai Terpksa Pkai Kain Suami. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi.

Mengumumkan dirinya sah hamil anak sulung beberapa minggu lalu, Emma Maembong dilihat tidak lokek berkongsikan momen indah proses kehamilan itu. Malah, Emma juga sering memuat naik foto romantis bersama suami.Usia kehamilan kini mencecah empat bulan, sebentar tadi Emma dilihat berkongsikan gambarnya berkain pelekat bergambar di hadapan cermin bersama suami. Berkongsikan keadaannya sepanjang kehamilan, Emma berkata dia sering rasa mual diawal pagi dan rasa malas.

Meskipun memakai kain pelikat milik suami, namun rata-rata warganet memuji Emma yang tetap cantik dan comel. Malah, ada komen-komen nakal mengusik pasangan itu melihatkan ruangan bilik tidur yang agak bersepah.Terdahulu,  Emma memberitahu dia dijangka melahirkan anak sulungnya pada November depan. Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Damansara.Sumber : Rotikaya via AppleHijau