Terhibur Wawa Zainal sampai tak boleh berhenti gelak melihat imej baru suaminya yang dikongsikan melalui lama instagramnya baru baru ini. Ternyata ini rupanya penampilan Aeril Zafrel sehingga meraih perhatian warganet.

Pasangan popular, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel jadi perhatian peminat lagi apabila berkongsikan satu rakaman mereka dimana kali ini bukan menunjukkan momen sweet namun lain pula yang menarik perhatian umum. Ini kerana, Wawa Zainal berkongsikan satu rakaman video dia bersama suaminya itu dengan merakam penampilan Aeril Zafrel yang melepaskan rambutnya.

Sedia tahu juga, Aeril Zafrel dilihat mengubah penampilannya yang sebelum ini berambut pendek namun kini dia menyimpan rambutnya dan mengayakan sehingga paras bahu. Jika sebelum ini, penampilan Aeril Zafrel mendapat pelbagai reaksi daripada warganet dan terbaharu pula Wawa Zainal dilihat melalui posting terhibur ketika merakam gelagat suaminya ini dalam kereta.

Berseloroh mengenai rupa suaminya itu, Wawa Zainal memberitahu bahawa dia sendiri turut akui akan hal itu lalu membuatkan pelakon dan usahawan jelita ini tidak dapat menahan ketawa. Aeril Zafrel bagaimanapun dapat diperhatikan turut tertawa dengan gelagat isterinya ketika merakam video ini lalu dikongsikan kepada umum. Selain video itu meraih perhatian peminat dan pengikut dengan ditonton lebih 230,000 kali oleh mereka, posting terbabit turut membuatkan orang ramai gelak besar melihat gelagat pasangan sama cantik, sama padan ini. “Hahaha macam cerita tarzan tu…” “Hahaha. Terikut gelak dengar Wawa gelak”

SUMBER: HCL

“Negatif Covid, Positif Handsome” – Aeril Zafrel Syukur Bebas COVID-19

Terdahulu, pelakon Aeril Zafrel berkongsi sepotong video ketika melakukan ujian saringan COVID-19. Menurut Aeril, dia mengalamai rasa kurang sihat baru-baru ini dan mengambil langkah untuk mendapatkan pemeriksaan doktor. “Hari itu rasa tak sedap badan, panggil doktor buat ujian COVID-19,” tulisnya di Instagram. Tambah suami pelakon Wawa Zainal ini, dia bersyukur kerana ujian tersebut telah menunjukkan keputusan negatif.

“Meleleh air mata, keputusan dapat semalam, Alhamdulillah negatif covid, positif handsome,” selorohnya. Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Aeril meninggalkan respon berbeza, ada yang berkongsi pengalaman membuat ujian saringan COVID-19, ada juga yang menggambarkan rasa pedih ketika melakukan ujian itu. Apapun, pastikan anda sentiasa mengutamakan semua langkah pencegahan COVID-19 dan patuhi SOP ketika berada di luar rumah.- GEMPAK