Terus bergegas ke hospital. Farhan Azizan kongsi kejadian hidung anaknya dimasuki manik dan rupanya ini kisah di sebalik semua ini berlaku

PENYANYI Farhan Azizan berdepan situasi tidak terjangka setelah mendapati sebiji manik telah memasuki hidung anak keduanya, Orkeyd Fatheema, 2, kelmarin.Menurut Farhan yang juga bintang Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) itu, dia dan suami, Ahmad Rashadan Suhaimi bergegas ke hospital setelah usaha mereka untuk mengeluarkan manik tersebut tidak berjaya.

“Alhamdulillah saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Doktor Ghazi, pakar ENT (Telinga, Hidung dan Tekak) di Hospital Sungai Buloh kerana telah berjaya mengeluarkan manik dalam hidung Orkeyd Fatheema.“Juga terima kasih kepada semua yang telah mendoakan…,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya.

Mengimbau semula detik kejadian, Farhan berkata, dia hanya menyedari manik di dalam hidung anaknya itu selepas Orkeyd memaklumkan ada sesuatu di dalam mulutnya.“Selepas selesai solat Asar saya sedar manik tasbih berterabur kerana kedua-dua anak saya berebut dan menariknya sehingga talinya putus.“Jadi saya pun kutip lah semua dan buang. Mereka pun main macam biasa seperti tiada apa yang berlaku.

“Malam tu selepas makan, Orkeyd tunjuk ada sesuatu di gigi dia. Jadi suami pun baringkan dia untuk lihat di dalam mulut tapi kebetulan ternampak sesuatu dalam hidung dan ia adalah manik tasbih tu,” katanya seperti dilaporkan Astro Gempak.Tambah Farhan, hanya sebiji manik yang terdapat dalam hidung Orkeyd dan anaknya itu sudah kembali aktif selepas manik tersebut berjaya dikeluarkan.

Malah Farhan turut menitipkan pesanan buat ibu bapa.“Saya faham sebagai ibu, kita ni ibu banyak kerja di rumah sehinga kadang-kadang boleh terlepas pandang apa yang anak kita lakukan, jadi nasihat saya selalulah perhatikan anak-anak kita terutama yang masih kecil.“Selain itu, cuba elak dedahkan anak kepada barang-barang yang membahayakan serta barang kecil yang ada potensi untuk mereka masukkan ke dalam anggota badan seperti hidung , mulut, telinga dan sebagainya,”pesannya.Pasangan ini turut mempunyai seorang lagi anak Souffea Zulaeqha berusia 4 tahun.-sinarplus

Farhan jahit baju anak

Penyanyi yang bakatnya digilap menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Farhan Azizan mengakui tiada masalah menjaga puteri sulungnya, Souffea Zulaeqha yang kini berusia tiga bulan. Farhan, 32, berkata, dia beruntung kerana mempunyai keluarga dan adik yang berpengalaman menjaga anak kecil.“Alhamdulillah setakat ini saya dan suami tidak berdepan masalah besar untuk menjaga Souffea.

“Lagipun, kami banyak kutip pengalaman keluarga. Cuma pada tiga hari pertama kelahiran saya kekok memegang Souffea dan menjaga waktu makannya,” kata Farhan. Siapa sangka, berkat kesabaran yang tinggi untuk menimang cahaya mata dan pernah mengalami kehilangan kandungan sebelum ini, Farhan teruja menyambut Aidilfitri bersama cahaya matanya itu.

“Alhamdulillah, kehidupan saya dan suami semakin ceria dengan adanya Souffea.“Kalau dulu kami beraya berdua, kini sudah bertiga. Saya menjahit baju kurung untuk Souffea dan teruja mencari kasutnya.“Saya jahit sendiri kerana susah mencari baju kurung untuk anak kecil berusia tiga bulan,” katanya yang menyambut Aidilfitri bersama keluarga mentuanya di Kuantan, Pahang.

Segelintir selebriti wanita memilih memperlahankan aktiviti seni selepas bergelar ibu namun Farhan akan meneruskan karier nyanyian seperti biasa.“Pada mulanya saya risau juga jika tidak dapat membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya seni.“Namun saya bertuah kerana ibu sudi membantu Souffea jika saya ada undangan persembahan. Suami pun tiada masalah untuk menjaga puteri sulung kami.“Saya memang tak mahu menggunakan khidmat pembantu rumah,” katanya yang bakal muncul dengan single baru.Farhan dan suaminya Ahmad Rashadan Suhaimi bernikah pada Oktober 2014-mymetro