Tiada apa yang saya fikir melainkan pergi menghadap ilahi. Mengejutkan setelah dihantar berjuang di Sabah. Jururawat ini kongsikan kisah sedih bila diuji dengan ujian besar sehingga ramai yang mendoakannya.

Seorang jururawat yang sebelum ini bertugas di Klinik Kesihatan (KK) Sitiawan, Perak dengan sukarela telah dihantar untuk bertugas di KK Lahad Datu, Sabah demi membantu pasukan kesihatan di sana. Demi tuntutan tugas, wanita bernama Siti Nurjannah Abu Bakar, 36, ini sanggup tinggal berjauhan dari suami dan 5 orang anak mereka yang berusia dari 5 hingga 10 tahun di Seri Manjung, Perak.

Walau bagaimanapun, kecekalan wanita ini telah diuji apabila dia disahkan positif COVID 19 pada Ahad lalu selepas menjalani ujian calitan pada 13 Oktober lepas. Tiada apa saya fikirkan selepas disahkan positif Covid-19, melainkan m*ti,” luah jururawat, Siti Nurjannah. Disebabkan hal tersebut, Siti Nurjannah tidak boleh lagi berbakti dan dia terpaksa menjalani kuarantin di wad Hospital Lahad Datu bersama pesakit lain yang ditempatkan di situ.

Berkongsi pengalamannya, jururawat ini berkata, dia mula bertugas di Lahad Datu pada 2 Oktober, iaitu sehari lepas tiba di Sabah. Terkejut disahkan positif COVID 19 tetapi reda dengan ujian Allah. Skop kerja Siti Nurjannah ialah membantu doktor dan pembantu melakukan saringan kesihatan menerusi ujian calitan kepada penduduk setempat terutama kawasan yang ada kes positif. “Dalam sehari, saya bersama pasukan perubatan melakukan saringan terhadap kira-kira 1,000 penduduk.

Namun dia terkejut apabila disahkan positif COVID 19 tetapi reda dan menganggap ia adalah ujian daripadaNYA. Malah Siti Nurjannah juga tak salahkan sesiapa kerana dia juga sudah bersedia dengan kemungkinan dijangkiti penyakit tersebut kerana tugasannya yang memang saban hari terdedah dengan individu dijangkiti wabak itu. “Suami menangis sebaik mengetahui keadaan saya”. Tambah Siti Nurjannah lagi, orang pertama yang dia beritahu sebaik mengetahui keputusan ujian COVID 19 ialah suaminya.

“Orang pertama saya hubungi selepas disahkan positif Covid-19 adalah suami dan dia menangis sebaik mengetahui keadaan saya. “Namun, dia kembali tenang selepas saya jelaskan kepadanya keadaan saya dan setiap hari menghubunginya menerusi WhatsApp dan panggilan video untuk bertanya khabar satu sama lain. “Saya tidak pasti sama ada anak tahu atau tidak mengenai keadaan saya kerana mereka masih kecil, cuma saya bersyukur dapat tahu dijangkiti penyakit di sini, bukan selepas pulang ke sana.

Sekurang-kurangnya, saya tidak mendedahkan suami dan anak dengan risiko penyakit ini,” katanya. Walau bagaimanapun, Siti Nurjannah bersyukur kerana dia telah mendapat banyak sokongan rakan serta kata-kata semangat warganet selepas kisahnya viral di Facebook. Marilah kita mendoakan semoga jururawat ini sembuh seperti sediakala. Semoga dia dapat berbakti semula untuk negara kita.

Sumber: LobakMerah