Tidak mudah untuk kita ketahui tempat persembunyian tikus di rumah anda. Kini ketahui 5 tanda tikus sudah bersarang di rumah anda.

Ada beberapa cara untuk mengetahui sama ada tikus membuat sarang di dalam rumah anda. Antara masalah tidak berkesudahan yang sering dialami oleh pemilik rumah adalah kehadiran haiwan perosak iaitu tikus. Selain merosakkan pelbagai barangan di rumah, dapur adalah antara tempat kegemarannya bagi mendapatkan makanan selain membuatkan rumah berbau busuk.

Tidak hanya membuat ‘kecoh’ di rumah, haiwan ini juga dapat menyebarkan penyakit ketika mereka keluar memunculkan diri dari tempat persembunyiannya. Kebiasaannya kita tidak dapat melihat kehadiran haiwan ini kerana mereka sangat tangkas melarikan diri dan menyembunyikan diri. Bagaimanapun terdapat beberapa cara untuk mengetahui di mana tikus bersembunyi meskipun ia cukup tangkas dan bijak menghidu kehadiran manusia.

1. Bau

Air kenc1ng tikus memiliki aroma amonia yang cukup kuat dan selalunya bau itu paling menyengit di sekitar sarang atau tempat makanan yang digemari. Tikus dapat menyebarkan air kenc1ngnya ke mana pun ia pergi dan dapat membentuk bau yang kuat. Jika anda terbau air kenc1ngnya, ia petanda tikus sudah berada di dalam rumah. Paling penting adalah cuci air kenc1ng dan sumber bau itu datang kerana ia mengandungi kuman dan bakteria berbahaya kepada kesihatan.

2. Najis

Petanda lain tikus sudah bermaustautin dalam rumah anda apabila ada ia meninggalkan najisnya di tempat laluannya seperti di bawah almari, kabinet dapur atau dalam permukaan terbuka seperti atas meja dan sebagainya.

3. Lubang tikus

Tikus biasanya akan mengorek laluannya untuk memasuki sesuatu ruang dan memudahkannya melarikan diri. Jika diperhatikan, tikus hanya akan membuat lubang kecil dan ia mampu meloloskan diri.

4. Meninggalkan kotoran

Tikus adalah haiwan kecil yang berminyak dan ketika mereka melalui di tepi dinding ia akan meninggalkan kesan berminyak dan kotoran pada bahagian itu. Ia juga sebagai tanda buat tikus untuk kembali atau memudahkannya melarikan diri.

5. Menggigit kertas

Antara tanda tikus sudah menyerang kediaman anda adalah ia akan menggigit kertas atau bungkusan makanan. Sebab itu kita tidak dinasihatkan untuk membiarkan makanan di tempat terbuka di dapur.