Tidak semua menggunakan ‘air-cond’ di rumah kerana harganya yang agak mahal ditambah dengan penggunaan elektrik yang tinggi. Ini 7 tips Mudah dan murah Sejukkan Rumah Dan Badan Tanpa ‘Air-Cond’.

Ish panasnya cuaca sekarang ni. Bestnya kalau ada ‘air-cond’, sejuk sikit badan. Tak ada la berpeluh-peluh, tidur malam pun tak selesa. Tapi, nak beli ‘air-cond’ bukannya murah. Lepas tu pulak, kena tanggung bil elektrik yang tinggi. Aduhai, macam mana agaknya cara sejukkan rumah yang panas ni? Memang best kalau dapat duduk dalam bilik atau bangunan yang ada penghawa dingin atau ‘air cond’. Cuaca terik kat luar sana pun tak terasa.

Catsmob.com – The coolest pics on the net!

Tapi, tidak semua mampu mengguna ‘air-cond’ di rumah kerana harganya yang agak mahal ditambah jika banyak penggunaannya, maka banyak jugalah elektrik yang perlu dibayar. Bayangkan kalau ada empat atau lima bilik di rumah mengguna ‘air-cond’ setiap hari, mahu mencecah ribuan ringgit bil elektrik. Jadi, adakah cara sejukkan rumah tanpa membelanjakan wang yang banyak? anda boleh lakukan langkah ini untuk menyejukkan rumah tanpa perlu guna ‘air-cond’, iaitu:

pertama, gunakkan pelembap udara atau ‘humidifier’. Pelembap udara atau ‘humidifier’ ini tidaklah semahal ‘air-cond’ tetapi ia boleh digunakan untuk membantu menambah kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya. Sekarang, ianya semakin banyak dijual di pasaraya dan juga secara ‘online’. Yang menariknya, anda juga boleh menambahkan aroma wangian untuk menambahkan kesan nyaman dan segar dalam bilik.

kedua, jika tiada kipas siling, guna kipas meja atau letakkan berdekatan dengan tingkap. Ini agar udara panas yang terkumpul dalam bilik dianginkan keluar. Lebih banyak kipas lagi bagus. Ketiga, letak bantal kecil dalam freezer sejam sebelum tidur. Apabila ingin tidur, ambil bantal dan letakkan berdekatan dengan badan. Balut bantal dengan plastik untuk elak ais cair dan meresap ke tilam.

Keempat, basahkan sapu tangan dan letak di belakang leher. Cara ini kerana bahagian ini adalah sensor yang mengawal suhu badan. Jika leher sejuk, maka seluruh badan juga akan rasa sejuk. kelima, beralih tempat tidur. Baring atas lantai beberapa minit jika tilam terasa panas dan membahang. Kemudian kembali semula pada tilam.

Keenam, buat ‘air-cond’ sendiri. Bekukan air botol semalaman. Apabila panas, ambil dan letak di lantai betul-betul di bawah kipas siling atau posisikan kipas meja di belakang air botol beku tadi. Hidupkan kan kipas dan anda akan rasa angin kipas sejuk seperti ‘air-cond’. Untuk air botol kekal beku, tabur sedikit garam ke atasnya. Cuma anda kena berusaha lebih untuk dapatkan keselesaan di tahap maksimum. Tentu berbaloi berusaha dengan cara sejukkan rumah di atas. Lepas berhabis ikhtiar, barulah dapat rasakan nikmatnya. Tidur malam pun lebih lena!

ketujuh, letakkan pokok ekor kucing dalam rumah. selain memberi kesan segar dalam rumah ia ada beberapa jenis tanaman yang membantu menyejukkan ruang. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing. peredaran oksigen dalam rumah akan lebih seimbang dan teratur.