Timbul spekulasi mengatakan Zimi Sofazr sanggup abaikan anak lepas berpisah jadi perbualan hangat para warganet. Dia buka mulut jelas situasi sebenar buat ramai terkedu seakan tak percaya ini sikap sebenar dia

Susulan khabar angin rumah tangga berantakan, pemuzik dan komposer Zimi Sofazr mengesahkan rumah tangga yang dibina selama lapan tahun bersama Isma Salwana Ismail, 37, sudah berakhir. Zimi atau nama sebenar Zarimi Zahari, 36, berkata dia berpisah dengan isterinya itu dengan talak satu menerusi rakaman suara pada aplikasi WhatsApp pada malam Ahad. “Saya mengaku memang buat masa sekarang ada masalah rumah tangga. “Saya sekarang dalam proses perpisahan. Saya lafazkan talak ke atas bekas isteri semalam (Ahad) dan sekarang kami masih menunggu proses mahkamah.

“Urusan ke pejabat agama dan hak penjagaan anak semua saya serahkan pada pihak yang lebih mengetahui,” katanya kepada mStar. Zimi bagaimanapun enggan bercerita lanjut mengenai punca perpisahan kerana mahu menjaga privasi kedua-dua belah pihak. Ahli kumpulan Sofazr ini menganggap dia dan wanita itu sudah tiada lagi persefahaman dalam meneruskan perkahwinan tersebut. “Saya takkan buka pekung di dada dia atau malukan kami sekeluarga. Walaupun ada kekurangan suami sekali pun, dia tetap ada rasa sayang kepada isteri dan anak-anak… kalau tak seseorang lelaki tu takkan mendirikan rumah tangga.

Sebanyak mana kekurangan suami, dia tetap ada rasa sayang kepada isteri dan anak-anak

“Kami berdua dah tak sehaluan. Kami dah cuba untuk pertahankan perkahwinan ini, tapi tak boleh… jodoh dah tak ada. Mungkin sampai di sini saja la rumah tangga ini. “Anak-anak kecil lagi, mereka masih memerlukan seorang ibu. Jadi, biarlah dia dapatkan hak penjagaan anak sebab dia lebih berhak,” ujarnya. Sebelum ini, menerusi sebuah laporan portal hiburan, Zimi dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan Isma dan tinggalkan anak-anak mereka bersama isteri.

Zimi bagaimanapun menafikan kenyataan tersebut dan berkata dia sentiasa menjaga kebajikan anak-anaknya dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Zimi tidak mahu membuka pekung di dada keluarga. “Saya tak nak berlawan dengan gosip tapi cerita yang saya tinggalkan anak macam tu saja, itu tak betul. Kalau betul, kenapa dia tak buat aduan di tempat yang betul? Pergi la ke pejabat agama dan sebagainya. “Kalau betul, anak-anak saya takkan membesar macam sekarang… takkan bulat-bulat seperti sekarang. Terima kasih la cakap macam tu pada saya. Kalau saya memang salah, biar pejabat agama yang tentukan. Zimi dan bekas isterinya Isma Salwana Ismail, 37, berkahwin pada 8 Februari 2012. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Bunga, 4, dan Zerlinada Ikil yang kini berusia 3 tahun.-Mstar

Akim hormati keputusan Zimi

Penyanyi popular Akim Ahmad menjelaskan dia tidak ada yang jawapan boleh diberikan mengenai sikap anggota kumpulan Sofazr juga komposer, Zarimi Zahari atau Zimi mengumumkan keluar daripada Majistrate. Akim sebelum ini bekerjasama dengan Majistrate iaitu kumpulan yang menghimpunkan pemuzik daripada setiap band popular tempatan itu. Seperti yang diketahui peminat setia Akim, Majistrate ditubuhkan sebagai eksperimen dalam kerjasama antara dua pihak iaitu Akim dan anggota terpilih daripada kumpulan popular tempatan.

Menerusi kerjasama itu, single kedua Akim & The Majistret, Potret meraih kejayaan terbesar dalam Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) apabila membolot anugerah Persembahan Terbaik sekali gus dinobatkan sebagai Juara Lagu. Ditanya adakah dia menerima keputusan diambil Zimi dengan berat hati kata Akim yang dihubungi hari ini, perkara itu tidak seharusnya ditimbulkan kerana kepentingan dalam kumpulan itu bukan membabitkan dirinya seorang sebaliknya keseluruhan anggota Akim & The Majistret.

Bagaimanapun sewaktu menjelaskan akan kesan yang mungkin mempengaruhi kerjaya seninya mahupun peribadi apabila Zimi membuat keputusan berkenaan katanya, dia menganggap apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya. “Seperti yang saya perjelaskan tadi, keputusan diambil selepas mengambil kira keseluruhan perjalanan karier yang akan dijalani Akim & The Majistret.

“Sudah tentu pada masa akan datang ia turut membabitkan banyak pihak. Nyatanya kami tidak mahu Akim & The Majistret tidak berada di satu tahap saja. “Secara peribadi apa saja yang kita buat bergantung pada nasib dan rezeki masing-masing. Sepanjang berkarya saya tidak pernah meletakkan semua karya itu menjadi, jadi saya sentiasa melakukan yang terbaik dan ikhlas dalam berkarya sama ada membabitkan nyanyian, komposisi lagu mahupun penulisan lirik,” katanya.

Keputusan Zimi untuk tinggalkan Majistrate kata Akim adalah adalah hak dan keputusan masing-masing. “Kalau saya fokuskan pada isu ini. Ertinya saya menyekat perjalanan anggota lain. Kejayaan Akim & The Majistret adalah disebabkan semua anggotanya dan juga individu yang berada di belakang tabir serta sentiasa berada di belakang kami. “Adalah mementingkan diri jika saya ambil keputusan yang salah dalam soal ini. Apa pun yang terjadi adalah hasil perbincangan bersama dan saya harap semua ini berjalan serta beransur positif untuk semua,” katanya.