Tindakan Oyen kali ini meraih perhatian orang ramai sehingga digelar sebagai hero. Ini yang dilakukan kucing oren itu demi menyelamatkan tuannya.

Kucing yang berbulu oren sering kali digelar Oyen. Apabila disebut sahaja kucing oyen (oren), rata-rata warganet pasti mengetahui sifat nakalnya yang memang mencuit hati dan membuatkan sesiapa sahaja geram. Namun, kisah kali ini Oyen tampil sebagai hero apabila membantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengenalpasti kehadiran ular yang memasuki sebuah kereta. Menerusi perkongsian oleh seorang gadis di Twitter, kucing tersebut yang tinggal di kawasan perumahannya, sering dilihat berehat di atas kereta. Difahamkan, ular yang ditangkap itu merupakan spesis ular sawa yang berukuran 1.5 meter panjang seperti saiz seorang dewasa. Fuhh Memnag besar dan panjang!

Sama panjang dengan orang dewasa. Selepas kejadian tersebut, Oyen berada dalam keadaan baik tetapi sedikit trauma. Apa yang melucukan, warganet yang membanjiri ruangan komen turut menyunting gambar Oyen yang dikatakan seperti ‘sams3ng’ bersama sebatang rokok. Memang lucu! Oyen dalam keadaan baik, tapi trauma! Oyen K9 versi kucing!

Sumber: Twitter @_sysyaa, Siakap Keli

Si Cilik Oyen Buat Hal Ketika Wartawan Bersiaran Secara Langsung

Kucing dengan bulu berwarna oren sering kali dipanggil dengan nama samaran mereka iaitu Oyen. Terkenal dengan gelagat yang nakal, gelagat Oyen yang kadang-kala ‘panjang akal’ sememangnya cukup menghiburkan. Lihat sahaja gelagat si cilik Oyen dalam satu video yang tular baru-baru ini. Video yang dikongsikan menerusi laman Instagram dengan nama akaun Dinasti Kucing ini telah meraih perhatian ramai.

Menerusi video tersebut kelihatan seorang wartawan sedang melaporkan di satu lokasi. Namun di pengakhiran video tersebut tiba-tiba wartawan yang sedang bersiaran langsung itu menjerit kesedihan. Apabila diperhatikan rupa-rupanya si cilik Oyen melompat-lompat di kaki wartawan itu. Memanglah tidak boleh tahan dengan gelagat anak kucing ini. Alahai ada sahajalah gelagat anak kucing ini. Mood tengah nak ajak bermain betul gayanya itu!

Apa-apa pun comellah anak kucing ini dan cukup lincah. Video tersebut telah meraih lebih 20 ribu tontonan dan 4 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menonton video tersebut dan tinggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut: “Oyen memang berbeza” “Oyen lagi Oyen lagi”. “Warnanya oren kan? Ya udah memang tidak hairan dah”

Sumber: HCL