Tips jimat dan selamat beli barang di kedai Online

Membeli barangan atas talian sudah menjadi kebiasaan dan memudahkan pengguna membeli sesuatu perkara tanpa perlu lagi menuju ke kedai secara fizikal. Perlaksanaan sistem pada sesebuah platform memainkan peranan dalam menjadikan urusan jual beli lebih selamat.

1. Pilih platform yang memiliki keselamatan yang tinggi

Ada beberapa buah platform telah menyediakan sistem dompet tersendiri untuk menguruskan transaksi antara pembeli dan penjual. Perkara ini membuatkan sesebuah platform ini dikenali sebagai orang tengah kerana mereka ‘memegang’ duit pengguna sebelum ia diberikan kepada penjual. Apabila seseorang pengguna menerima barangan yang dibeli, barulah duit tersebut dilepaskan kepada pihak yang menjual barangan tersebut. Sebagai contoh di Malaysia, Lazada dan Shopee.

2. Bandingkan harga

Perkara penting dalam membeli sesuatu barangan dengan membuat perbandingan harga. Sekiranya anda membeli barangan melebihi satu unit, ia pastinya dapat memberi lebih penjimatan walaupun berbezaan sekitar RM1. Anda boleh menilai dari segi kos penghantaran dan tawaran yang diberikan.

3. Lihat penilaian kedai

Ketika anda menjumpai barangan yang ingin dibeli, pertama sekali anda perlu buat ialah dengan meneliti penilaian kedai tersebut. Perhatikan angka penilaian (dalam skala 1-5) dan kadar penjual tersebut membuat balasan mesej pengguna. Membaca komen yang dikeluarkan oleh pengguna lain untuk menilai masa penghantaran dan kualiti bungkusan barang.

4. Lihat jaminan atau polisi ‘return/refund

Selepas menjumpai barangan yang ingin dibeli, pastikan anda membaca polisi yang ditentukan oleh penjual atau kedai tersebut. Pastikan anda mengetahui tempoh dan jenis jaminan yang ditawarkan, terutama barangan jenis elektronik. Bertanya kepada penjual tentang polisi pemulangan barang atau wang semula,

5. Lihat lokasi dan masa penghantaran

Membeli barangan daripada luar negara bukanlah sesuatu perkara yang buruk, tetapi ia akan memakan masa yang sedikit lama berbanding membeli barangan di dalam negara. Namun, anda hendaklah meneliti pengurusan jaminan mungkin akan terdapat sedikit kesukaran.

6. Gunakan kod, kupon atau baucar

Sekiranya anda tidak mempunyai mod pembayaran yang menawarkan diskaun, anda masih boleh menggunakan kod khas untuk mengurangkan harga akhir bagi barangan yang anda ingin beli. Selalunya diberikan melalui media sosial untuk mendapatkan kod diskaun terkini.

7. Simpan maklumat pembelian

Selepas membeli sesuatu barangan, pastikan anda menyimpan segala resit digital sebagai bukti pembelian. anda dinasihatkan untuk menyimpan ke sebuah tempat yang mudah dicari.

8. Buat aduan jika barangan tidak diterima

Anda boleh membuat aduan terus ke pihak yang menguruskan platform tersebut untuk menerima maklum balas yang seterusnya. Aduan ini dapat membolehkan pihak pengurusan mengenal pasti penjual yang berbahaya daripada terus memperdaya pengguna. Mereka akan memadam akaun penjual ini dengan serta merta sekiranya terdapat kes penipuan berlaku.

Membeli barangan atas talian sememangnya menyeronokkan sekiranya anda mengetahui sejumlah perkara ketika membeli pada platform ini.