Tomok kongsi rasa gusar hendak duduki satu ujian di peringkat sarjana serta mintak tips pada orang ramai. Warganet luah rasa seakan tak percaya percapaian hebat penyanyi Tomok buat mereka kagum

“Penuh debaran untuk kertas hari ini. ”Penyanyi Tomok berkongsi perjalanan selama lima tahun menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang industri kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM). Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail, 36, mengakui berasa gementar sebelum menduduki ujian bahasa Inggeris peringkat universiti iaitu Malaysian University English Test (MUET). “Penuh debaran untuk kertas MUET hari ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. “Ini bermakna kami hampir memperoleh ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di UUM… pengajian menghampiri lima tahun bagai sekelip mata berlalu,” tulisnya. Penyanyi lagu Bekas Kekasih ini turut dedahkan dia hampir berputus asa ketika awal pengajiannya namun berterima kasih kepada rakan seperjuangan yang membantu serta menyokongnya.

Tomok turut meluahkan rasa syukur atas peluang diberikan dan berharap agar dia dapat menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang.”Terima kasih kepada kawan-kawan sekelas yang selalu berikan sokongan pada saya… walaupun sebenarnya saya nak putus asa masa semester dua lagi. “Yang paling penting, terima kasih Allah untuk segalanya. Saya bersyukur ya Allah untuk segala nikmat yang diberikan. Semoga saya dapat jadi seorang insan yang lebih baik di masa yang akan datang,” ujarnya. Menerusi foto yang dikongsikan di Instagram miliknya pada Sabtu, Tomok bersama beberapa rakan artis seperti pelakon Fattah Amin dan penyanyi Zahid Baharudin yang turut menduduki ujian sama.-Mstar

Beberapa tahun cuba bertahan, Tomok akhirnya tutup bisnes tudung Arriandra – “Berat untuk saya tapi ianya kena dilakukan”

Selepas lima tahun menjalankan bisnes tudung jenama Arriandra, penyanyi Tomok mengumumkan penutupan perniagaan itu pada Khamis. Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail, 36, berkata, keputusan itu diambil selepas usaha untuk bertahan tidak berjaya. “Berat untuk saya tapi ianya kena dilakukan. Terima kasih korang yang pernah sokong Arriandra… yang pernah bekerja dengan kami, pernah beli tudung dari kami, pernah datang booth dan juga beli secara online. “Sudah berapa tahun kami cuba untuk bertahan tapi itulah dia… bisnes ada naik turun,” ujarnya.

Perniagaan tudung itu diusahakan Tomok bersama rakan kongsinya yang dijual menerusi dalam talian dan laman e-dagang. Dalam pada itu, penyanyi lagu Bekas Kekasih ini akan membuat jualan murah dalam masa terdekat bagi menghabiskan stok yang tinggal. “Secara rasminya Arriandra ditutup hari ini… nanti saya cari tempat untuk habiskan lebihan tudung. “InsyaAllah ada yang lebih baik di masa yang akan datang… Insyaallah, Aamiin.

Sudah berapa tahun kami cuba untuk bertahan. “Hari ni kami terpaksa pindah keluar dari tempat ini. Siapa berminat, InsyaAllah kami akan adakan clearance sale. “InsyaAllah kami akan jual murah-murah saja… RM5 pun ada. Korang ambil la, nak tutup kedai dah ni,” kata Tomok. Arriandra merupakan gabungan nama dua orang anak lelaki Tomok dan isterinya Rahayu Abbas iaitu Arrianshah Akid dan Andrashah Iman. Selain bisnes tudung, Tomok turut mempunyai francais minuman Chatime serta pemanis mulut Street Churros yang terletak di Aeon Mall, Shah Alam dan Seremban2.-Mstar

Tomok tak putus-putus bersyukur

“Ini rezeki yang Allah nak bagi kepada kami. Isteri saya pun memang teringin sangat nak ada anak perempuan,” kata penyanyi Tomok yang dikurniakan anak perempuan semalam. Tomok yang sudah memiliki dua anak lelaki ketika dihubungi tidak putus-putus mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana mengurniakan anak perempuan dalam keluarganya. “Terima kasih Allah. Kami gembira dengan kehadiran anggota baru dalam keluarga kami ini. Dua anak saya Arrian dan Andra amat gembira dapat adik, cuma mereka agak kecewa kerana tak dapat pergi ke hospital.

“Insya-Allah kalau tiada apa-apa masalah, esok isteri saya dibenarkan keluar,” katanya. Semalam Tomok berkongsi wajah puterinya itu di Instagram untuk tatapan peminat. Dia turut melahirkan kata-kata kesyukuran kerana isterinya selamat melahirkan bayi perempuan. Manakala isterinya, Rahayu Abas menerusi hantaran di Instagram pula memaklumkan bayi itu dilahirkan selepas azan Zuhur pada jam 1.25 petang dengan berat 2.98 kilogram. Ditanya nama pilihan, Tomok mengakui sudah mempunyai nama yang sesuai.

“Kami sudah ada nama untuk bayi ini dan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya. Berita kehamilan Ayu diumumkan Tomok di Instagram pada 25 Oktober tahun lalu. Ketika itu dia berharap menimang anak perempuan pula bagi melengkapkan keluarga mereka. Dia turut berharap orang ramai turut mendoakan yang baik-baik buat isterinya serta bayi dalam kandungan. Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 36, dan Rahayu berkahwin pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrianshah Akid, 8 dan Andrashah Iman, 5.-Metro