Tular gambar Farhan Asri dikafankan menerusi akaun instagramnya

Gambar sekadar hiasan

Pelakon Farhan Asri mencetuskan panik apabila memuat naik sekeping foto dirinya dalam keadaan terbaring dan dikafnkan oleh beberapa lelaki.

Menerusi kemaskini akaun Instagramnya, Farhan memaklumkan itu sebahagian daripada babak lakonannya untuk drama terbaharu berjudul Menantu Tok Sintok.

Berkongsi perasaan dikafnkan, kata Farhan, terdetik dalam hatinya perasaan sayu, hiba, sedih dan takut.

“Pemergian bukan satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh kita semua. Namun pemergian itu pasti dan ia kekal menjadi rahsia Allah.

“Beginilah agaknya rupa wajah terakhir saya sebelum ke negara abadi. Perasaan sedih, tergamam, gemuruh, takut, gementar dan macam-macam lagi bermain di fikiran masa penggambaran drama¬†Menantu Tok Sintok. Agak takut jugalah bila ada babak dikafnkan. Watak Badrol yang saya bawakan ini benar-benar memberi iktibar dan keinsafan. G1la tak insaf bila tengok diri sendiri dikafnkan.¬† Jujur cakap saya belajar banyak benda dalam drama ini seperti memandikan, kafnkan mahupun menggali tempat persemadian,” katanya.
Menurut Farhan, watak utama sebagai Badrol dalam drama terbabit memberi pengalaman dan cabaran baharu dalam hidupnya.

“Saya timba satu pengalaman baharu yang tak pernah saya bayangkan dan tak mudah untuk dilakukan sebab pikul tanggungjawab berat kali ini. Ini antara salah satu babak yang perlu saya bawakan dalam drama Menantu Tok Sintok siaran Salam HD tak lama lagi. Doakan semoga perjalanan karier saya dipermudahkan dan mendapat kepercayaan ramai. Terima kasih kepada penerbit Datuk A Aida sebab beri kepercayaan dan tidak dilupakan pengarah hebat Lizam Togel (Ujang) sebab selalu mencabar saya jadi lebih baik serta krew produksi yang terbaik,” tulisnya lagi.