Tular kisah sedih seorang bapa sorok pelitup muka ini. Rupanya hanya untuk sesuatu ini sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Kasih bapa tiada tandingnya. Walaupun jarangkali meluahkan isi hatinya yang terpendam, tidak pernah sekalipun bayangan anak-anak terlepas dari ingatannya. Ketika pandemik Covid-19 berada pada tahap yang membimbangkan beberapa bulan lalu, ramai orang menghadapi masalah yang sama iaitu kekurangan hand sanitizer dan pelitup muka. Kalaupun ada pada pun masa itu, harga jualannya sangat tidak masuk akal dan mencekik dar4h pembeli. Tapi kisah seorang bapa yang terlantar di hospital ini sedikit berbeza, dia seringkali diberikan pelitup muka oleh pihak hospital. Namun apa yang dilakukannya pasti akan membuatkan ramai tersentuh.

“Bapa simpan untuk saya”

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Facebook, seorang wanita Taiwan berkongsikan kisah bapanya yang sentiasa dahulukan anaknya dalam apa jua keadaan sekalipun. Menurut wanita itu, bapanya yang telah pergi itu akibat k4nser sempat menitipkan 2 bungkus pelitup muka yang diberikan oleh pihak hospital kepadanya lapor hitz. Ayah tinggalkan pelitup muka ini buat saya. Dia dirawat di hospital kerana menghidapi k4nser esofagus tahap akhir dan pihak hospital mengehadkan bilangan pelawat ke hospital itu.

Sumber: hitz

Selain itu, bapanya juga dikatakan sanggup memakai pelitup muka yang sama selagi ianya tidak kotor dan menyimpan pelitup muka yang lebih buat dirinya. Bapanya juga sempat menitipkan bungkusan itu ketika kali terakhir mereka bertemu, namun cebisan kenangan terakhir itu masih tidak sanggup untuk digunakan oleh wanita itu.

Ayah akan terus memakai mask yang sama sekiranya tidak kotor, dan dia akan sorokkan pelitup muka selebihnya untuk diberikan kepada saya. Kali terakhir kami berjumpa, ayah sempat memberikan 2 bungkusan pelitup muka kepada saya. Pada 3 Julai lalu, ayah menghembuskan nafas terakhirnya. Tapi saya masih tidak sanggup untuk menggunakan pemberiannya itu, saya betul-betul tak sanggup. Saya hanya biarkan bungkusan itu dalam keadaan begini, hanya melihat dan menyimpannya. Bapa-bapa ni jarang tunjukkan sayangnya, tapi bukanlah bermakna tak ada taman dalam hati tu. Korang yang ada mak ayah tu hargailah sebelum terlambat. Korang boleh tumpang kasih dengan sesiapapun tapi rasanya tak akan sama dengan mak ayah yang sebenar…