Tular mesej yang ingin disampaikan di laman akaun instagram Datin Alyah

Gambar sekadar hiasan

Satu posting di Instagram penyanyi, Datin Alyah mendapat perhatian warganet baru-baru ini.

Membuat luahan yang seolah-olah kecewa, penyanyi lagu Meluruh ini berkongsi kapsyen berkaitan rezeki dan bakat yang telah dianugerahkan.

“Kau boleh tutup semua peluang yg aku ada. Tapi kau tak akan mampu ambik bakat yg aku punya.

“Kerna ianya dtg dari maha pencipta. Yang sudah lama kau mengambil tugasnya iaitu memberi tindakan,” luah penyanyi ini.

Meski tidak memberikan perincian terhadap perkara tersebut dengan spesifik, namun para peminat turut memberikan pandangan sendiri terhadap perkongsian isteri Datuk Ramli MS itu.

Foto: Instagram Datin Alyah