Tular satu video isteri membuat kejutan pada suaminya. Isteri menghadiahkan satu parcel pada suaminya sehinggakan suaminya menangis.

Kalau sebelum ini pernah tular di media sosial mengenai pasangan dua merpati sejoli yang berkahwin hasil daripada perkenalan di aplikasi game PUBG, kini pasangan suami isteri tersebut kembali mendapat perhatian warganet. Susulan itu, terdapat rakaman video si suami yang kelihatan menitiskan air mata ketika mendapat kejutan yang tidak disangkakan daripada isterinya, Puteri Alia Shahhiza.

Menurut rakaman video tersebut, kebiasaannya suaminya akan membuka setiap parcel yang sampai ke rumah mereka. Disebabkan itu, wanita tersebut menggunakan kreativiti dengan menggunakan parcel untuk membuatkan satu kejutan yang ‘special’ untuk suaminya.

Rakaman video yang berdurasi 15 saat itu memperlihatkan suaminya, Zulhilmi seakan terkejut bahkan terkedu melihat sebuah pregnancy test yang terdapat di dalam parcel tersebut. Bukan itu sahaja, suaminya turut menitiskan air mata sebaik sahaja mengetahui dirinya bakal bergelar seorang ayah tidak lama lagi. Video tersebut menjadi viral di mana ia telah meraih lebih 186 ribu tontonan dan juga sekitar 36 ribu tanda suka. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut.

Tular Apabila Kakak Nak Buat Prank Pada Adiknya Tetapi Terlupa Adiknya Dikuarantinkan. Dia Meletakkan Satu Nama Ini Pada Parcel Adiknya Sehingga Menghiburkan Warganet.

Al-Fateh menjadi perhatian warganet selepas parcelnya mempunyai nama tambahan yang pelik. foto ihsan Muhammad Al-Fateh Azmi Siapa tak gembira menerima bungkusan yang mengandungi barang yang dibeli secara dalam talian, lebih-lebih lagi penghantaran dibuat dari luar negara.

Namun, timbul tanda tanya dalam diri seorang pemuda apabila menerima parcel tetapi yang tertera namanya yang ‘panjan daripada biasa’. “Muhd Al Fateh Usyuk Asyam.”

Demikian nama tambahan penerima parcel itu menerusi sekeping foto yang dikongsikan di laman Twitter sehingga diulang kicau lebih 11,000 kali, merujuk kepada panggilan manja bagi ‘Busuk Masam’ yang kebiasaannya digunakan dalam kalangan ahli keluarga.

Parcel yang dihantar dari China.

Pemuda berkenaan yang nama sebenarnya Muhammad Al-Fateh Azmi berkata, parcel tersebut merupakan pengecaj bateri kamera yang dibeli secara dalam talian untuk dirinya. Namun, anak muda berusia 19 tahun itu memberitahu, dia meminta bantuan kakaknya untuk membuat pesanan kira-kira dua minggu lalu kerana masih berada di luar kawasan.

“Saya minta bantuan kakak untuk beli online untuk terus hantar ke alamat rumah keluarga di Kuching, Sarawak kerana ketika itu saya masih di Semenanjung. Tambahan pula kakak saya yang selalu membeli online, dapat memilih barang yang berkualiti dan dijual pada harga murah,” katanya kepada mStar. Lebih mesra disapa Al-Fateh, dia pada mulanya tidak menyedari nama yang tertera parcel itu sehingga foto tersebut dihantar oleh kakaknya.

Kakak Al-Fateh memberi isyarat ‘busuk’ merujuk pada nama tambahan di parcel.

Pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan itu berkata, ini bukanlah pertama kali kakaknya yang berusia 22 tahun itu membuat gurauan atau prank pada dirinya.

“Sebelum ini, banyak kali nama-nama pelik yang kakak letak atas nama saya sebagai penerima. Tapi kebiasaannya nama tambahan yang diletakkan adalah ‘busuk’,” ujar pelajar ijazah sarjana muda jurusan undang-undang itu.