Tular video anaknya menghantar kucingnya pergi selamanya. Selepas 4 tahun bersama ini pulak yang terjadi pada seisi keluarga ini.

Kucing yang diberi nama Ebo itu mati pada Jumaat lalu. Sudah dianggap seperti keluarga sendiri.Begitulah kata-kata seorang wanita berhubung keakraban dia dan anak-anak dengan seekor kucing jantan yang dibela sejak empat tahun lalu. Namun, semuanya tinggal kenangan apabila kucing yang digelar Ebo itu tiada pada Jumaat lalu. Menurut Aidah Yusoff, 51, perkara itu ternyata memberi kesan emosi memandangkan mereka sudah terbiasa dengan kehadirannya.

“Pada mulanya saya syak Ebo kena gigit serangga atau lipan. Pada pagi Jumaat, Eob nampak monyok. Dalam tengah hari kami bawa ke klinik haiwan, doktor periksa dan memang ada bengkak pada paha Ebo. Doktor bagi ubat sembur dan ubat tahan sakit. Kami bawa balik tapi keadaannya makin lemah sebelum ia tiada dalam pukul 4.30 petang,” ujarnya kepada mStar.

Menerusi video yang dikongsi oleh anak Aidah, ahli keluarganya cukup sedih dengan kehilangan itu. Malah, mereka turut membalut kucing berkenaan dengan kain pelikat sebelum ditanam di satu sudut berdekatan pagar kediaman mereka di Tanah Merah, Kelantan.

Kita bela kucing, kita bagi makan… InsyaAllah, Allah akan gandakan rezeki kita.

“Semua sedih, kebetulan petang tu keluarga mak saya pun ada datang ke rumah. Semua sempat tengok saat terakhir Ebo. Memang rindu. Sebelum ni kalau kita rehat, Ebo akan datang picit-picit dengan kakinya. Saya ambil Ebo masa umurnya lima bulan, ambil dengan anak saudara. Ebo seekor kucing yang manja. Kalau anak-anak saya bergurau atau geletek, Ebo tak pernah tunjuk reaksi agresif,” ujarnya dalam nada sebak.

Kata Aidah, ada saudara mara yang menawarkan kucing baharu sebagai pengganti, namun dia belum bersedia dan masih lagi terkesan dengan ketiadaan kucing kesayangannya itu. Jelasnya lagi, dia ada menghubungi doktor di klinik haiwan yang selalu dikunjunginya dan mereka syak kes itu turut berpunca daripada sejenis virus memandangkan Ebo juga sudah lama tidak disuntik vaksin.”Kita bela kucing, kita bagi makan… InsyaAllah, Allah akan gandakan rezeki kita,” ujarnya yang sering memberi makan kepada kucing-kucing jalanan di sekitar kediamannya.

Apa saja demi haiwan! Dua gadis bergegas pergi kerja sanggup patah balik alih kucing mati, anjing pun pernah alihkan – “Kalau geli sekali pun, masih boleh tolong”

Tindakan Izzati yang mengalihkan bangkai kucing dirakam oleh Mai sewaktu mereka dalam perjalanan ke tempat kerja.Jika terlihat haiwan mati dilanggar di atas jalan raya, apa perkara pertama yang terlintas di fikiran anda? Bagi sesetengah individu yang sensitif, mereka pastinya berasa kasihan, malah ada yang sanggup turun dari kenderaan untuk mengalihkan bangkai berkenaan.

Namun, ramai juga yang sekadar melihat dari jauh dan terus berlalu pergi begitu sahaja. Pada Rabu, tindakan murni dua gadis yang mengalihkan bangkai kucing di atas jalan berdekatan Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja wajar dipuji warganet.

Menerusi satu video yang dikongsi, Nor Izzati Syuhada Azmi atau Adah sanggup mengambil risiko untuk mengalihkan kucing tersebut sebelum diletakkan di bahagian tepi jalan. Sewaktu kejadian, rakannya Maizatul Umira Mohd Yusof membuat rakaman video dari sebuah motosikal sambil memantau kenderaan yang lalu-lalang di kawasan berkenaan.

Mai (kiri) bersama rakannya, Adah (kanan).

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Mai mengakui sanggup berpatah balik dengan rakannya kerana enggan kucing itu dilanggar berulang kali oleh pengguna jalan raya yang lain. “Kami pergi kerja bersama dengan sebuah motor. Saya yang bawa motor, masa tu nak masuk area TBS dan saya nampak seekor kucing yang terbaring. Saya tanya Adah, nak patah balik ke untuk alihkan kucing tu? Dia setuju dan kami berdua patah semula ke lokasi haiwan tu dilanggar.

Ini juga bukan kali pertama. Sebelum ni pun kami pernah alihkan kucing dan anjing.

“Masa sampai, kucing tu dah tiada. Tapi masih baru sebab badannya panas. Saya rakam video sambil pantau kereta yang lalu sementara dia alihkan kucing dan letak di atas rumput,” ujarnya.

Masing-masing berusia 21 tahun, kedua-dua pembantu jualan di sebuah pusat beli-belah itu mengakui tidak sampai hati membiarkan kucing berkenaan terbiar di atas jalan raya. Malah, kedua-duanya juga cukup meminati haiwan dan turut membela beberapa ekor kucing di rumah masing-masing.

“Saya ada dalam tujuh ekor, manakala Adah ada dua ekor kucing. Kami memang minat kucing, malah ia dianggap seperti keluarga. Masa mula-mula tengok kucing tu pun, kami rasa menggigil. Terfikir, tiada orang alihkan ke? Masa tu trafik agak sibuk sampai ada yang hon, ada yang berhenti nak tolong. Apa-apa pun, sekurang-kurangnya kucing tu dah dialihkan. Kesian kalau kena langgar berulang kali,” ujarnya.

Mai dan Adah berhenti di tepi jalan bagi mengalihkan bangkai kucing sebelum meneruskan perjalanan ke tempat kerja. -Gambar Hiasan/BERNAMA

Dalam pada itu, Mai turut menasihati mana-mana individu khususnya pengguna jalan raya agar lebih bertanggungjawab terhadap haiwan pada masa akan datang. “Sebenarnya rasa kasihan tengok haiwan yang dah tiada terbaring atas jalan. Kalau geli atau tak suka haiwan sekali pun, masih boleh tolong. Boleh lapik dengan apa-apa kalau nak alihkan. Saya tengok pun rasa tak sampai hati. Ini juga bukan kali pertama. Sebelum ni pun kami pernah alihkan kucing dan anjing,” ujarnya lagi.