Tular video Melly Goeslaw tidak berhijab. Melly Goeslaw tidak runsing sekiranya peminat memilih untuk unfollow

Penyanyi popular Indonesia, Melly Goeslaw mengundang perhatian apabila berkongsi muzik video Moga Bunda Disayang yang memaparkan imej dia tidak mengenakan hijab menerusi akaun Instagramnya.

Dalam muzik video tersebut, Melly memakai persalinan putih dan tidak memakai tudung.

Walaubagaimanapun, penyanyi yang juga komposer berbakat ini menjelaskan bahawa muzik video itu sebenarnya dirakam ketika dia masih belum memakai tudung dahulu.

“Video ini tentunya dibuat saat saya belum berhijab, dan sekarang dikongsi pasti banyak yang komplen. Tidak mengapa manusia memang gudangnya komplen kok, sedangkan Allah maha mempertimbangkan,” tulisnya sebagai kapsyen.

Sementara itu, Melly juga menerima dengan terbuka jika ada pihak yang mahu berhenti mengikutinya di Instagram kerana tindakannya itu.

“Video ini saya kongsi untuk pembelajaran kita bersama, yang tidak sepakat dengan saya, waktu dan tempat untuk unfollow saya, dipersilakan,” tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Melly faham dengan situasi sebenar dan kebanyakannya menghargai nilai mesej yang terkandung dalam muzik video berkenaan.
Sekadar info, bintang berusia 46 tahun ini mula menjejak kaki di industri hiburan Indonesia pada sekitar tahun 1988 dan berjaya mengekalkan namanya sehingga kini.