Tular warganet Young Syefura pergi picnic bersama kawan-kawannya semasa PKPB tanpa pakai mask dan penjarakan sosial. Ini penjelasan yang diberi oleh Young Syefura.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, YB Young Syefura, mendesak ahli politik yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, untuk meletakkan jawatan di saat kes Covid-19 menunjukkan peningkatan yang drastik.

Terbaru, Syefura turut terkena tempias yang sama, apabila beliau sendiri dikatakan gagal patuh akan SOP yang sedia.

Pergi ‘bercuti’

Menerusi platfom Instagramnya, beliau sempat memuat naik sekeping gambar sedang ‘berkelah’ di Avani Sepang GoldCoast Resort, namun, gambar tersebut sudah dipadam olehnya. Gambar tersebut meraih komen negatif oleh warganet, kerana kesemua individu yang berada di dalam gambar tersebut, tidak memakai pelitup muka, dan tidak ada sebarang penjarakan sosial antara mereka yang sepatutnya dipraktikkan.

Tambahan pula, di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, perjalanan antara negeri dan antara daerah dilarang kecuali mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa. Akitiviti berkelah juga dilarang berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Nasional (MKN), bersama aktiviti pelancongan yang melibatkan perjalanan masuk dan keluar dari kawasan PKPB.

Tampil mohon maaf

Berikutan insiden terbabit, Syefura menerusi tweetnya, memohon maaf jika tindakannya melanggar SOP Covid-19. Jelas beliau, kelebihan menjadi sebagai seorang wakil rakyat tidak menjadi ‘lesen’ kepadanya untuk bergerak bebas.

Tidak berakhir di situ, beliau sanggup disiasat oleh pihak berkuasa, jika tindakan yang dilakukan olehnya melanggar SOP pihak kerajaan. Tweet tersebut meraih banyak komen negatif warganet yang menyalahkan tindakannya yang seolah-olah ingkar arahan PKPB.

Sumber: Twitter

Young Syefura serah kepada polis tentukan tindakan

Sepang: “Malam ini (tadi), saya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang bagi memberi keterangan susulan laporan polis dibuat terhadap saya kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP),” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari dari DAP, Young Syefura Othman.

Menurutnya, dia hadir ditemani peguam, Syahredzan Johan bagi memberi keterangan kepada polis susulan dakwaan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Katanya, beliau memberi kerjasama penuh kepada polis sepanjang memberi keterangan.

“Saya serahkan kepada polis dan pendakwa raya dalam menentukan tindakan undang -undang akan dikenakan terhadap diri saya. Harap tindakan itu adil dan saksama tanpa layanan berbeza-beza walaupun saya seorang wakil rakyat. Saya merasa kesal dan memohon maaf atas apa yang berlaku,” katanya menerusi ciapan di Twiternya.

Terdahulu media melaporkan, Adun dari Pahang itu dilihat tiba di IPD Sepang pada 9.15 malam tadi dengan ditemani lima rakan terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki. Kehadiran wakil rakyat itu bagi memberi keterangan susulan gambar percutiannya bersama rakan di Avani Sepang Gold Coast Resort, Bagan Lalang tular di media sosial dan mengundang kecaman kerana tidak mengamalkan SOP PKPB. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988 (Akta 342).