Usop tekad untuk belajar dari sesuatu dan tidak segan berkongsi perkara itu kepada orang ramai walaupon dilemparkan dengan komen yang tidak baik.

Bintang Big Stage 2020 (BS2020) Usop tidak segan berkongsi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) subjek bahasa Inggeris yang diperolehinya bersama orang ramai.  Menurut Usop, dia menggangap dirinya tiada rezeki untuk berjaya dalam pelajaran dan memilih bidang nyanyian kerana minat. “Keputusan SPM saya untuk bahasa Inggeris adalah E. 
“Kalau boss-boss saya sembang, memang saya buat-buat faham. Tengok kawan-kawan artis lain berbahasa Inggeris, saya angguk sahaja.

“Nak kata saya orang kampung, saya bukanlah kampung sangat pun. Saya dulu hari-hari pergi sekolah cuma tu la, bukan rezeki saya untuk cemerlang dalam pelajaran.  “Saya faham sikit-sikit bila orang cakap dan tak pandai nak balas balik. Tujuan masuk BS2020 ni pun saya nak memperbaiki diri saya, saya memang nak belajar bahasa Inggeris,” kata Usop.  Sebelum bergelar selebriti, beliau pernah menyara kehidupan dengan bekerja di kedai makan, selain berkhidmat sebagai tukang servis penghawa dingin. Sebelum popular dengan nama komersial Usop, beliau terlebih dahulu dikenali sebagai Epul di kalangan kenalan. Nama ‘Usop’ dicetuskan mentornya, Hazama yang diilhamkan daripada karakter animasi popular, ‘Usop Sontorian’.

This image has an empty alt attribute; its file name is 553-300x200.png


Usop ditemui semasa majlis sidang media konsert ketiga BS2020 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad. Tambahnya lagi, dia tidak kisah apabila ada orang mempersendakan dia tidak pandai berbahasa Inggeris kerana pernah berdepan dengan bermacam kutukan orang. “Saya okay sahaja bila orang mempersendakan saya sebab sebelum jadi selebriti lagi, kat luar tu macam-macam saya dah kena. 

“Jadi bila saya masuk industri dan BS2020 ni, insya-Allah saya kebalkan diri saya,” jelasnya lagi. Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK. Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.  Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.- Gempak