Vince Chong menerima cabaran sorok identiti sebagai Enggang dan tidak mahu didenda RM 1 Juta

Finalis The Masked Singer Malaysia yang menduduki tempat kelima, Vince Chong mengakui cuba untuk ‘lari’ dari zon selesanya apabila menyertai pertandingan nyanyian misteri di balik topeng itu.

Sejurus pertandingan, Vince sebelum itu turut mendedahkan cabaran paling besar buat dirinya adalah menyembunyikan identiti sekaligus mengelakkannya daripada didenda andai terbocor rahsia.

“Oleh sebab semua orang pakai mask skarang, saya pikir oklah join je lah The Masked Singer Malaysia. I gave my best and yang penting I had so much of fun! Especially in these crazy times most of us performers don’t get to perform anymore, ni cam kambing atau Enggang terlepas dari kandang. Cabaran the mask singer bukan competition ni tetapi adalah untuk menyembunyikan indentiti saya dan fikir bagaimana nak elakkan persoalan eh u ni Enggang kan. Hahaha… I taknak kena denda RM1juta,” tulisnya.

Mahu membuktikan diri sebagai penyanyi serba boleh, juara pertama Akademi Fantasia berusia 41 tahun ini turut mengucapkan terima kasih buat semua yang terlibat selain menyifatkan ia satu pengalaman bermakna.

“Saya ambik ni sebagai cabaran dengan membawa lagu2 yg langsung bukan stail Vince, terutamanya Cek Mek Molek dan Ingat2 oleh Amuk. Saya berjaya mengelirukan para juri dengan pertukaran suara saya setiap minggu. Ada yang kata saya Zahid la, Bob la, Anding la Dan sebagainya. Cuma satu komen yg I confuse adalah komen kata I ade pelat cina. Mula2 teka I penyanyi melayu, tetiba minggu yang ke 6 ada pelat cina plak. Cam tak logik. Haha.. Anyway I wanted to show I was a versatile entertainer and I can imitate singers too.. Was it a risk? Yes. Every show I tot saya akan tersingkir.. Tapi tak pernah pun kena bottom 3 which I felt very lucky. Tapi sampai juga ke finalis bersama penyanyi2 hebat2 belaka. All amazing dari mula. Ini adalah pengalaman yang paling best dalam hidup saya… I’m 41 and I enjoyed this so much. Thank you @khairulibrahim_ and @najibamin for inviting me for this fun show.. Thank you astro… The whole team did an amazing job… The judges comments were so funny and my man AC Mizal you’re one heck of a host man. Kepada mereka yg teka Enggang, Vince tahniah! Harga anda adalah single terbaru Vince yg akan DATANG bertajuk “Depan Mata”…. Love you guys!,” kongsi Vince panjang lebar.

Juara The Masked Singer Malaysia musim pertama disandang oleh Aina Abdul (Bunga Raya).

Foto: Instgram Astro Gempak