Wani Comel akui tak pernah terima wang sebanyak Rm1000. Wani gembira dapat beri duit pada ibunya di kampung.

Wanita yang mengalami masalah obesiti, Wani Comel meluahkan rasa teruja apabila dapat bertemu dengan pemimpin tempatan yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar.Menurut Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, dia berasa gembira apabila Noh yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu sudi meluangkan masa untuk berjumpa dengannya.

“Terima kasih Tan Sri Noh Omar sudi meluangkan masa bertemu Wani. Wani ucapkan banyak-banyak terima kasih @mynohomar”Tak sangka beliau sudi luangkan masa berjumpa saya untuk bertanya khabar dan memberi sumbangan. @mynohomar bukan pemimpin, tapi negarawan,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.Lebih mengharukan, kata Wani pada pertemuan tersebut, dia menerima sejumlah wang sumbangan daripada Noh yang disifatkan satu jumlah yang cukup besar diterimanya.

Katanya, pemberian tersebut benar-benar bermakna kerana wang tersebut mahu dikirimkan kepada ibu di kampung.”Tak pernah saya menerima wang sejumlah RM1,000. Dapatlah saya kirimkan buat ibu di kampung. Itulah sebenarnya harapan saya untuk membantu keluarga.”Insya-Allah saya yakin kesabaran dan dugaan yang saya lalui akan digantikan dengan kebahagiaan,” katanya.Terdahulu, kisah Wani mencuri tumpuan umum apabila terkait dengan kontroversi melibatkannya dengan seorang usahawan kosmetik.Wani yang pernah mempunyai masalah berat badan mencecah 300 kilogram mendakwa dirinya dianiaya apabila tidak menerima sebarang faedah dan bayaran seperti dalam perjanjian dengan usahawan tersebut.

Wani Comel Pertahankan Dirinya Setelah Ditegur Oleh Warganet Soal Pemakanannya. Ini Respon Dari Wani Untuk Orang Yang Menegurnya.

Gadis obesiti, Wani Comel tampil menjelaskan selepas terdapat segelintir warganet mempertikaikan tindakannya menikmati makanan yang tidak sesuai dengan keadaan kesihatannya.Jelas Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, dia hanya memakan sekadar untuk merasa.”Saya jaga makanan yang saya makan. Saya tak makan yang bukan bukan. Doktor pun cakap saya boleh makan dalam kuantiti yang sikit.”Bukan banyak. Jangan terus menilai saya ya,” jawabnya di ruangan mesej yang dihantar.

Tambah Wani lagi, dia tidak pernah merasa ayam cheese sebelum ini.”Tak baik cakap macam ni pada kak Bella, dia datang lawat saya dan kak Bella bawa saya makanan yang saya tak pernah makan dan saya pun makan sikit saja.”Salahkah saya orang kampung yang tak pernah merasa makan makanan macam ni?” tulisnya lagi.Tindakan Wani memuat naik foto ayam cheese dan lauk set kenduri telah menimbulkan rasa kurang senang hati dalam kalangan pengikutnya.

“Doktor selalunya tak bagi makan walaupun rasa makanan yang tak sihat macam ni. Lagipun adik Wani kan tak sihat. Macam-macam penyakit ada.”Tolong Wani jaga pemakanan ayam tu tak sesuai untuk kesihatan Wani. Akak tau Wani kuat lawan penyakit.”Adik Wani kalau boleh jangan makan makanan yang berminyak. Makan yang rebus, sayur dan buah,” antara nasihat yang dihantar.

Sebelum ini, Wani dikejarkan ke Hospital Putrajaya selepas mengalami masalah kesukaran bernafas.Selepas pemeriksaan lanjut, Wani mendapati dirinya mengalami komplikasi jantung bengkak.Terdahulu, Wani bertandang ke ibu kota bagi mengadakan sidang media susulan konflik dirinya bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.Instagram: wanicomel20