Wanita hamil ini mengidam masakan yang dimasak oleh Khairul Aming. Suami sudah tiru resepi tapi dikatan tidak sama dan tak sangka ini respon dari Khairul Aming.

Pengguna Instagram terutamanya golongan muda yang gemar menonton video masakan sudah tentu mengenali selebriti media sosial iaitu Khairul Aming. Sering berkongsi video resepi masakan ringkas di Instagram dan juga saluran YouTubenya, Khairul Aming menjadi rujukan para wanita ataupun mereka yang buntu untuk memasak menu apa untuk makan pada hari itu.

Isteri mengidam masakan Khairul Aming

Namun, menerusi satu perkongsian yang tular di Twitter semalam, seorang lelaki telah membuat satu permintaan kepada Khairul Aming apabila isterinya yang sedang hamil mengidam untuk menikmati masakan air tangan pemuda itu.Jadi, dia memberanikan diri untuk menyatakan hasratnya melalui satu komen di muat naik Khairul Aming dan ternyata dibalas oleh selebriti media sosial tersebut.

Terkejut sebab Khairul Aming mesej

Menariknya, Khairul Aming bersedia untuk memasakkan makanan untuk pasangan ini dan dengan senang hati akan menyediakan menu yang sedap untuk isteri pengguna Twitter dikenali sebagai @ashrafahmas ini. Selebriti media sosial itu telah menghantar mesej di Twitter dan bertanyakan lokasi pasangan tersebut untuk memudahkan urusan menghantar makanan.

Tak kisah dimasakkan apa sahaja

Lelaki itu nyata terkejut dan memberitahu isterinya berkenaan hal tersebut dan mereka tidak kisah andai dimasakkan apa sahaja menu dari Khairul Aming.

“Saya nak jugak pliease!”

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen positif diatas muat naik tersebut. Mereka juga sempat berseloroh dengan mahu dimasakkan oleh selebriti terbabit dan ada juga yang mahu Khairul Aming membuat video memasak makanan untuk isteri lelaki itu yang sedang hamil.

Kucing saya pregnant bang, tapi saya yang mengidam

Harap ada video khas

Sumber: Khairul Aming, ashrafahmas

Baru Sahaja Mengidam Jering. Mengejutkan Sekali Isteri Irwansyah Teringin Nakkan Sesuatu Ini Dan Tanpa Ragu Irwansyah Realisasikan Permintaan Isterinya Itu

Penyanyi dan pelakon Indonesia Irwansyah yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertama selepas 10 tahun berkahwin mengikuti kemahuan isterinya Zaskia Sungkar.Menurut Irwansyah, Zaskia yang kini hamil tiga bulan meminta untuk memijk rumput di rumah adiknya Shireen.

MasyaAllah dari pagi dah ajak ke rumah Shireen, katanya mahu pijk rumput hehe” tulisnya.Penyanyi lagu Pencinta Wanita ini bersyukur isterinya tidak membuat permintaan yang aneh dan susah untuk ditunaikan.”Mujur bukan mahu pijk awan, kalau itu (pijk rumput) permintaannya InsyaAllah boleh lah,” ujarnya.

Dalam pada itu, warganet mendoakan kehamilan Zaskia berjalan lancar dan dipermudahkan urusan kelahiran.Sebelum ini, Irwanysah pernah memberitahu isterinya mengidam untuk makan jering dan turut meminta dia makan ulam-ulaman itu.-mstar