Wanita ini percaya kerja jaga ibu berpantang dan mengasuh warga emas ini boleh mendatangkan wang. Tidak semua orang boleh lakukan tugas mulia ini.

Peranan sebagai pengasuh bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah atau remeh kerana ia hadir dengan tanggungjawab besar. Seiring dengan keperluan semasa, kerjaya sebagai pengasuh atau penjaga (caregiver) kepada warga emas menerima permintaan tinggi. Begitu juga dengan penjaga ibu berpantang atau perkhidmatan rawatan selepas bersalin (postnatal) yang kian diperlukan dalam masyarakat.

Bagi Zuhayrah Masturina Zakaria, pengalamannya berdepan kesukaran untuk menguruskan datuk sendiri akhirnya mendorong gadis berusia 23 tahun ini untuk mendalami ilmu asuhan orang berusia. Sementara itu menurut Norfadhila Sharul, 35, tugas membantu para wanita menjalani tempoh berpantang selepas bers4lin dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab demi kesihatan ibu dan bayi.

Kedua-dua wanita ini berjaya meningkatkan kemahiran masing-masing selepas mengikuti Program Pembangunan Keusahawanan anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS). Siapa sangka kerjaya sebagai penjaga atau pengasuh sama ada bayi atau warga emas akhirnya mampu mengubah kehidupan dua insan cekal ini.

Gadis Ini Tidak Menyangka Dengan Kejutan Yang Dibuat Oleh Ibu Bapanya. Abang Sanggup Berhenti Tepi Jalan Untuk Try Jubah.

Ruhana Syakirah (kanan) menerima kejutan daripada ibu bapanya dengan meraikannya tamat pengajian dalam satu majlis di kediamannya di Alor Setar, Kedah. foto ihsan DJ Don  Begitulah suasana kenduri-kendara yang dihadiri ramai tetamu. Siap dengan pentas dan simbolik perasmian hingga ke alunan gamelan berkumandang, majlis yang diadakan di rumah ibarat istiadat konvokesyen di universiti.

Namun, ia adalah kejutan untuk seorang gadis yang menamatkan pengajiannya, dan kemudian memakai jubah konvokesyen seolah-olah berada di majlis sebenar.

Bercakap kepada mStar, bapa kepada gadis itu, Saadon Awang berkata, kejutan tersebut merupakan majlis untuk meraikan anak perempuannya, Ruhana Syakirah, 22, yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Bina di Universiti Malaya (UM), tahun ini.

Syakirah turut dikejutkan dengan kek..

Bapa berusia 54 tahun itu memberitahu, majlis yang diadakan di kediamannya di Alor Setar, Kedah itu susulan penangguhan majlis konvokesyen yang diputuskan oleh pihak universiti berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

“Jadi kami sekeluarga membuat perancangan dua minggu dengan kerjasama rakan-rakan anak bagi memastikan kejutan ini berjaya. Perkara pertama yang kami lakukan adalah menyembunyikan skrol dan transkrip pengajiannya sehingga dia asyik bertanya mana skrol tak sampai-sampai lagi,” katanya kepada mStar sambil menambah pelbagai alasan yang diberikan selain mengalihkan tumpuan anaknya itu.

Abang Syakirah membeli jubah di UM dan mencubanya di tepi jalan.


Lebih dikenali sebagai DJ Don, katanya, mereka turut membeli jubah konvokesyen di UM dengan bantuan seorang anak lelakinya yang bekerja di Kuala Lumpur. “Anak lelaki saya yang berusia 27 tahun iaitu abang Ruhana sanggup berhenti tepi jalan, untuk try pakai jubah sebab nak pastikan semula saiz yang dibeli benar-benar sepadan dengan adiknya,” katanya. Menjelang hari yang dijadualkan untuk majlis kejutan Sabtu minggu lalu, bapa kepada tujuh anak itu mendapatkan bantuan rakan-rakan baik anaknya untuk membawa anaknya itu keluar ke bandar.

Syakirah (kiri) menerima ‘skrol’ daripada majikannya.

Jelasnya, ia bagi membolehkan mereka membuat persiapan dengan pemasangan khemah, meja dan kerusi serta hidangan termasuk ketibaan tetamu jemputan. “Saya suruh kawan-kawan baik dia bawa dia keluar dari pagi sampai ke malam, temankan beli baranglah, jalan-jalanlah. Pukul 8 malam baru hantar dia balik. Setiba di rumah, anak memang tertanya-tanya tiba-tiba rumah meriah siap pasang khemah dan ramai orang. Dia tanya kami majlis apa, kami cakap ada perasmian dan kenduri kesyukuran.