Warganet buat andaian sendiri tentang perubahan pada Man Raja Lawak. Akhirnya Man Raja Lawak tampil dedahkan perkara sebenar yang terjadi kepadanya sehingga terkedu warganet.

PENAMPILAN terbaharu pelawak Man Raja Lawak yang kini semakin kurus mendapat perhatian ramai malah ada segelintir warganet yang beranggapan penurunan berat badannya secara mendadak itu disebabkan mendrita sakit. Menurut Man atau nama sebenarnya, Abd Rahman Kassim, 43, dia enggan mengambil pusing kata-kata negatif dilemparkan terhadapnya kerana apa yang paling penting adalah kesihatan.

“Kalau asyik fikir cakap orang, sampai ke sudah kita akan terus berada di takuk lama. Jadi saya ambil pendekatan tak ambil peduli. Memujuk hati, saya anggap mereka dengki dan cemburu dengan apa saya berjaya lakukan. “Lepas itu akan terpacul soalan atau pandangan apabila gemuk dan tiba-tiba kurus serta nampak sakit. Kalau kurus bertukar jadi gemuk mungkin orang fikir kita bahagia.

“Tapi apa yang merisaukan saya apabila berat badan naik dan boleh mendatangkan penyakit. Pergi sekarang pun tak kira usia. Diusia sekarang, saya hanya nak sihat. Cakaplah apa mereka nak cakap, janji saya sihat,” katanya kepada mStar. Man turut mendedahkan tempoh tiga bulan lalu dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram iaitu daripada 98 kilogram menjadi 68 kilogram.

Betul bukan mudah nak kurus. Pasti ada liku yang bertandang.

Dalam pada itu, Man mengakui dia tidak dilahirkan dengan rupa paras yang kacak seperti aktor luar negara malah ada juga pihak yang mengatakan wajahnya bertambah buruk dan cengkung selepas kurus. “Saya sedar diri memang bukan dilahirkan kacak macam hero Hollywood atau Bollywood. Apatah lagi seperti bintang popular di negara kita. Wajah saya memang tahap biasa saja. Orang kampunglah katakan.

“Ada yang cakap muka saya bertambah buruk dan ‘haggard’ apabila berjaya menurunkan berat badan. Saya tak boleh ubah kejadian Tuhan. Saya terima diri seadanya. “Tapi soal fizikal itu sangat subjektif. Buruk di mata orang itu, tak semestinya buruk di mata lain. Betul bukan mudah nak kurus, semua itu cabaran yang mematangkan. “Tetapi sekali kita dapat dan berjaya di atas apa diusahakan, itulah nikmat hidup yang tak boleh ditukar ganti atau dibayar dengan wang ringgit sekalipun,” ujarnya.

SUMBER: MSTAR