Warganet tanya soalan cepu emas fasal isu berinai pada malam perkahwinan buat Mira Filzah beri respon win ini buat ramai kagum akan dirinya. Dia kini rancak buat persiapan perkahwinan yang akan menjelang tak lama lagi buat peminat ternanti nanti

Pelakon Mira Filzah memberitahu dia tidak akan mengadakan malam berinai menjelang majlis perkahwinannya yang dikhabarkan tidak lama lagi. Mira ketika menjawab soalan yang diajukan peminat sama ada majlis berinai akan diadakan bertemakan Bollywood, pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu menafikannya. “Adakah Bollywood antara tema untuk malam berinai nanti?” soal peminatnya. Manakala jawab Mira; “Takkan ada malam berinai jadi I akan buat ini dekat fotografi kanta lekap saja sis.”

Jawapan Mira itu meredakan ketegangan peminat yang memuji sikapnya tidak terpengaruh atau terikut-ikut dengan budaya masyarakat luar. “Bagusnya tak ikut budaya agama lain. Sebarkan budaya yang baik-baik saja,” puji salah seorang peminat. Dalam pada itu, Mira yang terpalit dengan kontroversi ‘cultural appropriation’ dengan menyarung pakaian tradisional masyarakat India baru-baru ini masih dipuji cantik oleh peminatnya. Difahamkan Mira kini sedang sibuk dalam persiapan menjelang hari bahagianya dan bakal menyarung beberapa helai busana perkahwinan rekaan pereka fesyen tersohor tempatan.-gempak

Salahkah Mira Filzah Pakai Sari? Pensyarah Fesyen Ulas Isu Cultural Appropriation

Pensyarah Kanan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka di UiTM Shah Alam, Faizal Hamid tampil mengulas isu yang sedang hangat diperkatakan susulan pemakaian sari oleh aktres cantik Mira Filzah. Kata Faizal, terma ‘appropriation’ mahupun ‘homage’ dan ‘re-interpretation’ ini sememangnya merupakan terma yang dipopularkan pada zaman milenial, malah dijadikan pula trend masa kini. Ia dipopularkan oleh masyarakat Barat terutamanya di Amerika Syarikat yang sememangnya sensitif apabila menyentuh cara pemakaian mirip komuniti berkulit gelap di sana.

“Selama 15 tahun yang lalu, media massa dan media internet telah berkembang dengan cukup pantas untuk kita dedahkan kepada pelbagai perkara terutamanya dalam sektor kreatif. “Tak kiralah dalam dunia fesyen, muzik, seni, seni bina dan sebagainya, pencipta rekaan pastinya pernah menjadikan budaya sebagai satu bentuk sampling atau terma popularnya, ‘appropriation’ mengikut intepretasi sendiri. “So we cannot help but to put our personal stamp on it.

Walaupun seolah-olah kita mengambil elemen budaya sesebuah masyarakat seperti pemakaian, selagi kita menghormati dan tidak melanggar norma serta sosio budaya masyarakat (seperti merendahkan budaya sesebuah masyarakat), saya rasa tiada salahnya. “Selagi ia diintepretasikan dengan penuh hormat dan tertib, imaginasi kreatif dengan menggunakan elemen kebudayaan sebagai inspirasi adalah merupakan satu bentuk penghormatan serta penghargaan terhadap budaya dan warisan tersebut, InsyaAllah,” jelas memetik laporan Remaja. Tular baru-baru ini di media sosial Twitter apabila seorang pengguna menyentuh topik terbabit dan menganggap Mira mempergunakan budaya masyarakat India dan mengaut untung daripadanya. Justeru, Mira memohon maaf secara terbuka seandainya sikapnya memakai satu dianggap salah oleh pihak-pihak tertentu.-gempak

Isu Mira Filzah hangat di media sosial, ‘view’ dalam tren lebih harmoni! Aunty India relaks je tolong wanita Melayu pakai sari – “Dia patah balik cari saya dengan motor”

Media sosial kecoh pada Khamis apabila timbul kritikan ke atas pelakon, Mira Filzah yang menggayakan sari, pakaian tradisional kaum India. Namun jika disoroti sejak dahulu sehingga kini, pemakaian pakaian tradisional kaum lain bukanlah satu perkara yang asing di Malaysia. Malah, bukan sesuatu yang menghairankan jika ada wanita Cina memakai baju kurung, wanita Melayu menggayakan cheongsam dan sebagainya.

Terbaharu, foto seorang aunty India membantu wanita Melayu memakai sari di dalam tren KTM Komuter menjadi tular di media sosial. Menurut Siti Sakinahatikah Jumaat, 21, dia pada waktu itu dalam perjalanan ke Batu Caves, Selangor untuk membuat rakaman video Merdeka bersama tiga lagi rakannya. “Sebelum menaiki tren, saya dah pergi ke sebuah kedai sari di KL Sentral dan minta seorang aunty India untuk pakaikan pada saya. “Masa dalam tren, seorang lagi aunty India nampak saya pakai sari dan mahu tolong betulkan sari saya.

“Dia tanya, saya kumpul sari ke? Saya cakap ya. Kemudiannya kami bertukar nombor telefon. “Masa saya dah sampai Batu Caves, dia datang semula menaiki motosikal, bawa satu beg berisi tujuh helai sari untuk diberikan kepada saya,” ujarnya kepada mStar. Mesra disapa Kina, dia mengakui terharu dengan sikap wanita itu yang bermurah hati untuk menghadiahkan sari kepadanya. “Dia sanggup patah balik cari saya dengan motor selepas kami berjumpa dalam tren. Kata aunty tu, dia menetap di Selayang.

“Saya sebenarnya dah berjinak-jinak pakai sari masa zaman diploma,” ujar penuntut Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) itu. Dalam pada itu, Kina berkata dia langsung tidak menyedari isu sari melibatkan Mira Filzah sedang hangat diperkatakan di Twitter sewaktu dia membuat posting itu. Malah kata penuntut bidang Pengurusan Perniagaan dari Pasir Gudang, Johor itu, dia juga tidak melihat ada yang salah dalam isu berkenaan. “Saya sebenarnya masa tu tak tahu pun pasal isu Mira Filzah. Memang kebetulan. Pada hari saya nak ke Batu Caves pun, ada beberapa orang India tegur bila nampak saya pakai sari, mereka kata cantik.

“Saya rasa OK je pasal isu ni. Masa saya nak ke sana pun ada orang India pakai baju kurung. Itu menunjukkan keutuhan kaum di Malaysia. “Apabila ada pihak yang timbulkan isu negatif, kita balas balik dengan hal positif,” ujarnya lagi. Sehingga kini, posting Kina menerima lebih 9,500 ulang kicau (Retweet). Bercerita mengenai rakaman video di Batu Caves, Kina berkata ia merupakan kandungan untuk media sosial miliknya sahaja dan belum lagi selesai diproses untuk dipertontonkan kepada umum. Jelasnya lagi, dia sememangnya suka untuk menghasilkan video dengan mesej bermanfaat kepada masyarakat.-Mstar