Warganet teruja melihat perniagaan pakcik ini selepas tular video seorang pakcik yang berniaga di salah satu RNR untuk jana pendapatan. Rupanya ini cara pakcik itu menjual yang membuatkan orang ramai tertarik.

Pelbagai cara kita boleh peroleh untuk mencari pendapatan. Namun, Antaranya adalah dengan melakukan perniagaan tidak kira sama ada perniagaan tersebut besar atau pun secara kecil-kecilan. Cara berkomunikasi dengan pelanggan juga amat penting bagi menarik mereka membeli produk yang dijual. Jual roti di RNR. Menerusi perkongsian video di Twitter, seorang pengguna Twitter dikenali Aisya J telah berjumpa dengan seorang pakcik yang menjual roti yang dibuat isterinya di RNR Sungai Buloh.

Apa yang menarik adalah tutur kata pakcik tersebut yang sangat baik dan jelas serta tidak lupa memuji roti bikinan isteri tersayang. Mesti bagitahu isteri dia yang buat. Roti-roti yang dijual juga terlihat sangat sedap kerana ada pelbagai jenis dan perisa yang diadun dan dibakar oleh isterinya. Sentiasa tersenyum dan menyenangkan para pembeli, rata-rata warganet yang melihat tweet tersebut telah memuji cara pakcik tersebut berkomunikasi dengan para pelanggannya serta tak jemu memuji roti yang dibuat isterinya. Ini komen warganet tentang perniagaan pakcik tu. “Roti isteri pakcik ni memang sedap!”. “Teringin nak rasa lah”. “Pakcik tu sebenarnya profesor tau”. “Menantu ucap terima kasih”.

Sumber: Aisya J, Oh My Media

Covid-19: Perniagaan terjejas

PUSAT beli-belah di ibu negara yang menjadi tumpuan pelancong lengang berbanding sebelum ini berikutan peningkatan kes Covid-19 direkodkan di negara ini. Tinjauan wartawan Harian Metro di pusat beli-belah berkenaan didapati tidak sesak dengan bas atau van pemandu pelancong dan teksi. Penjaga kiosk cenderamata, Qyla Muhii, 23, berkata, hasil jualan semakin merosot sejak sekatan keluar negara diumumkan oleh beberapa negara luar sebelum ini.

“Jika dulu, hasil jualan dianggarkan mencecah RM1,000 setiap hari. Namun kebelakangan ini, jumlah keuntungan merosot sehingga RM300 saja,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini. Sementara itu, pembantu jualan yang hanya mahu dikenali sebagai Iway, 35, mengakui kemerosotan hasil jualan kerana orang ramai takut untuk keluar ke lokasi awam termasuk pusat beli-belah.

“Penularan virus ini memberi kesan terhadap jumlah pendapatan diperoleh terutama pada hujung minggu kerana rata-rata pelanggan kami adalah pekerja di pejabat di sekitar ibu kota ini. “Malah, majikan juga menyuruh semua pekerja menghabiskan cuti tahunan mereka kerana tidak ramai pelanggan,” katanya. Bagi pemandu teksi pula, Atan Ismail, 36, berkata, pendapatannya menurun sebanyak 90 peratus. “Sebelum ini, saya boleh meraih pendapatan sebanyak RM200 dengan mudah, tapi kini saya hanya boleh dapat RM70 sahaja dan kadang-kadang langsung tiada,” katanya yang sudah bekerja selama tujuh tahun.- HMetro