Wawa Zainal luahkan mahu ada anak lagi selepas berkongsi video anak ketiganya di laman instagram baru baru ini. Kapsyennya itu menjadi bualan hangat warganet. Ini reaksi mereka.

Cahaya mata ketiga pasangan popular, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sering menjadi perhatian peminat dan pengikut. Mana tidaknya, kecomelan puteri kedua mereka ini sangat comel. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak kenasi kan. Pasangan ini walau bagaimanapun juga mengambil masa agak lama untuk dikurniakan cahaya mata ketiga mereka selepas dikurniakan anak lelaki dan perempuan yang kini berusia 6 dan 4 tahun. Biarpun begitu, nampaknya kehadiran cahaya mata ketiga mereka itu membuatkan keluarga bahagia ini semakin ceria. Apatah lagi, Wawa Zainal juga dilihat ‘jatuh hati’ dengan kecomelan puterinya ini yang diberi nama Ayya Soffya.

Sehingga dia menerusi Instagram meluahkan rasa ingin melahirkan anak lagi disamping memuat naik satu rakaman video ‘cute’ kepada umum yang memaparkan kecomelan Ayya Soffya lalu mendapat pelbagai reaksi daripada ramai. “Rasa nak beranak lagi la cemni…” tulisnya. “You, you memang sangat cute…”. “Beranak lagi please, comel betul” Menerusi perkongsian video itu, ternyata suaminya Aeril Zafrel turut meninggalkan komen buat keinginan yang diluahkan Wawa Zainal dimana dia juga turut setuju. Gara-gara komen Aeril Zafrel yang sempat memberikan reaksinya di posting tersebut bagaimanapun turut mencuit hati peminat mereka. “Betul tu…”. “Cepat je komen betul tu kan…”- HCL

Bukan Biasa-Biasa Comelnya! Wawa Zainal Dedah Wajah Anak Ketiga

Pelakon Wawa Zainal buat pertama kalinya mendedahkan wajah anak ketiganya, Aya Soffya. Wawa berkongsi wajah comel puteri keduanya itu menerusi posting terbaru diakaun Instagram miliknya dan juga Aya. Foto tersebut dirakamkan menerusi sesi ‘newborn photoshoot’ yang dilakukan baru-baru ini. “Assalamualaikum semua… Nama saya Aya Soffya binti Aeril Zafrel. Saya dilahirkan pada 1.12.19 sehari sebelum birthday ayah saya… Berat saya 2.86 masa lahir. Muka saya macam kakak Hayla,” tulisnya. Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji kecomelan puteri keduanya itu.

“Bukan biashe-biashe comeynya ni. Alhamdulillah,” komen @nabihan_kamarulzaman “Comelnya awak sayang… Semoga anak auntie ni kenan macam muka awak. Amin,” puji @amzetashah. Terdahulu, Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4. Manakala Aya Soffya dilahirkan pada 1 Disember lalu.

SUMBER: GEMPAK