WHO titip pesan pada ibu bapa miliki anak kecil mengenai satu perkara ini. Dia bersuara agar ramai tidak amik mudah hal ini beri kesan pada anak kecil jadi perbualan ramai

Umum mengetahui penggunaan pelitup muka dan menjaga jarak dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 sebanyak 85 peratus.Atas sebab itu juga, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan kita memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah dan menjaga jarak. Bagaimanapun dengan bayi dan kanak-kanak? Bagi yang berusia lebih daripada dua tahun, sebaik-baiknya memberikan mereka pelitup muka jenis kain dengan tiga lapisan.

Manakala untuk anak-anak yang di bawah dua tahun, tidak disarankan untuk memakaikan mereka pelitup muka.Ini bagi mengelakkan mereka daripada mengalami sukar bernafas, tambahan pula mereka tidak dapat memberi reaksi sekiranya sedang mengalami sukar bernafas. Ia juga beri risiko buat ibu bapa kerana tidak dapat mengenal pasti sama ada mereka dalam keadaan selesa atau sebaliknya.


Jika terpaksa keluar sebaik-baiknya gunakan stroler dengan penutup. Pemakaian pelitup muka yang tebal juga menyukarkan bayi bernafas dengan baik. Jika terpaksa membawa bayi keluar dari rumah untuk ke hospital, ibu bapa dinasihatkan untuk meletakkan bayi dalam stroler dan menggunakan penutup bagi melindungi mereka. Sejak kebelakangan ini, ramai peniaga mula menjual pelitup muka dan face shield untuk bayi namun ia tetap boleh mendatangkan bahaya kepada bayi.

]

COVID-19: Kanak-kanak bawah dua tahun tidak digalakkan pakai ‘mask’

Perkara itu dimaklumkan sebuah Persatuan Perubatan Jepun yang turut menggesa ibu bapa memandang kepentingan memahami risiko berkenaan. Menurut persatuan itu, penutup mulut dan hidung boleh mengakibatkan kesukaran pernafasan kerana kanak-kanak berusia bawah dua tahun mempunyai saluran udara yang sempit. Keadaan tersebut, tegas persatuan itu, boleh meningkatkan beban pada hati mereka selain mengundang risiko haba kepada kumpulan tersebut.Justeru, persatuan itu berkata, penggunaan topeng mulut dan hidung perlu dihentikan kepada kanak-kanak berusia bawah dua tahun. Persatuan itu menambah terdapat beberapa kes serius dalam kalangan kanak-kanak dan kebanyakan mereka dijangkiti COVID-19 daripada ahli keluarga.Pusat Kawalan Sakit (CDC) Amerika Syarikat dan Akademi Pediatrik Amerika turut memaklumkan kanak-kanak bawah usia dua tahun tidak perlu memakai penutup muka.

‘Face mask’ tak sesuai untuk budak bawah umur 2 tahun

whatsapp sharing buttonKanak-kanak di bawah usia 2 tahun tidak digalakkan memakai topeng hidung dan mulut kerana boleh menyebabkan mereka mengalami kesukaran bernafas dan berisiko tinggi untuk diserang haba, demikian kata kata dari pakar Jepun. Persatuan Paediatrik Jepun mengeluarkan peringatan kepada golongan ibu bapa agar tidak memakaikan topeng pada bayi yang berusia 2 tahun ke bawah, meskipun pihak berkuasa Jepun menyarankan semua individu memakai topeng bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Dalam risalah yang dikeluarkan kepada orang awam, badan perubatan Jepun mengingatkan bahawa, bayi akan mengalami peningkatan beban pada paru-paru ekoran pemakaian topeng. Tambahan, topeng yang digunakan juga menutup hampir keseluruhan wajah anak sehingga menyukarkan ibu bapa untuk melihat perubahan ekspresi atau warna pada wajah anak yang menunjukkannya mengalami masalah pernafasan.

Risalah itu menyatakan, “Kemungkinan face mask boleh menyebabkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas dan meningkatkan risiko haba.” Selain itu, saluran udara yang sempit boleh menyebabkan agak menyesakkan kerongkong terutamanya anak kecil yang tak selesa di sebalik topeng. Oleh kerana kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah untuk dijangkiti Covid-19, lembaga Jepun mendapati golongan kanak-kanak tidak mempunyai alasan logik untuk menghadapi risiko yang ditimbulkan dengan memakai topeng itu sendiri.

COVID-19: Tak perlu pakai topeng jika sihat

Tiada keperluan bagi individu sihat memakai topeng muka di tempat awam berikutan penggunaan alat perlindungan itu sepatutnya hanya digunakan individu yang sakit. Pakar Sakit Berjangkit, Datuk Dr Christopher Lee, berkata setiap individu harus memainkan peranan membantu menyimpan bekalan topeng itu untuk kegunaan pekerja kesihatan yang lebih memerlukan dengan hanya membeli peralatan itu jika perlu.

“Hanya pakai topeng penutup hidung dan mulut jika anda tidak sihat dan terpaksa keluar ke tempat awam bagi meminimumkan risiko kepada individu lain tetapi jika anda boleh hanya duduk di rumah, itu lebih baik. “Selain itu, saya rasa tiada keperluan untuk orang awam yang sihat untuk menggunakan topeng penutup hidung dan mulut kecuali jika mereka menjaga ahli keluarga yang tidak sihat di rumah.

“Seeloknya bekalan topeng penutup hidung dan mulut itu diperuntukkan kepada pekerja kesihatan yang lebih memerlukan, …bagi mereka yang sihat, cuba jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter atau hindari tempat yang ramai orang, ” katanya ketika dihubungi BH. Hingga kini, bekalan topeng muka di beberapa buah farmasi di Lembah Klang kehabisan stok dipercayai akibat pembelian panik oleh orang ramai akibat penularan COVID-19.

Pada masa sama, Dr Christopher yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan) berkata, penjagaan kebersihan tangan adalah lebih penting dan ia boleh dilakukan dengan menggunakan air dan sabun yang disifatkan lebih baik selain cecair pembasmi kuman. “Basuh tangan dengan air dan sabun adalah keutamaan namun boleh juga menggunakan cecair pembasmi kuman, …selain itu jangan kerap menyentuh muka terutama mata, hidung dan mulut dengan tangan tidak bersih, ” katanya.

Presiden dan Pengasas Bersama Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris, pula berkata kaedah terbaik yang boleh diamalkan kini ialah penting untuk orang ramai membuat penjarakan sosial di tempat awam sekurang-kurangnya satu meter dari individu lain termasuk ketika beratur. Ia adalah salah satu kaedah kesihatan awam untuk mengurangkan kadar penularan sesuatu wabak, sekali gus berupaya mengurangkan beban ke atas sistem kesihatan negara.

“Selain itu, penggunaan topeng yang sesuai digunakan pesakit ialah jenis topeng operasi dan pastikan ia tidak diguna pakai semula dan dibuang di tempat yang tertutup bagi mengelakkan sebarang jangkitan. “Orang ramai juga diminta untuk menjaga kebersihan diri kerana ia boleh mengurangkan jangkitan sakit berjangkit seperti basuh tangan dengan sabun secara kerap atau setiap kali menyentuh permukaan seperti tombol pintu dan pam minyak,” katanya. Orang ramai juga harus mengelak daripada memegang muka kerana tangan yang terdedah kepada virus boleh tersebar ke salur pernafasan sekali gus menyebabkan jangkitan.