Ziana Zain tergamak dedah sikap sebenar Rozita Che Wan yang satu ini pada pengetahuan umum. Dia bongkar sesuatu rahsia fasal sahabatnya yang satu itu

Penyanyi dan pelakon, Ziana Zain memuji sikap pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan Che Ta yang dikatakan mempunyai pakej lengkap sebagai kawan. Menurut Ziana, Che Ta seorang yang mudah untuk bekerjasama serta pandai bergurau senda. “Che Ta antara rakan artis yang saya senang bekerja, berbual dan bergurau senda. “Bak kata orang complete la package sebagai kawan. Yang paling best kita tak kering gusi dgn dia ni.“Antara pengalaman indah, sewaktu pertama kali digandingkan di dalam drama Janda Kosmopolitan,” katanya. Pelantun lagu Madah Berhelah itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto bersama Che Ta dalam satu sese fotografi. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji gandingan mereka berdua yang dilihat sangat mantap.

Ziana Zain nafi suruh anak tak suka akan bekas suami

“TAK benar sama sekali,” kata penyanyi popular, Ziana Zain, 52, menafikan kenyataan dia menyuruh anak-anak supaya tidak suka dan menghalang bertemu dengan bapa mereka yang juga bekas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri. Ziana yang kecewa dengan kenyataan tidak berasas itu berkata, adalah mustahil untuk dia memisahkan kasih sayang seorang bapa dengan anak-anak hanya kerana berlaku perpisahan antara mereka. “Saya terdengar cakap orang menyatakan saya tidak membenarkan anak-anak bertemu dengan bekas suami. Itu tidak benar sama sekali. Perpisahan berlaku hanyalah antara saya dan dia, anak tidak seharusnya menerima hukuman atas apa yang terjadi antara kami.

“Saya sering bertanyakan pada anak-anak, apakah mereka ingin bertemu dengan bapanya. Saya tak mahu menggangu emosi mereka hanya kerana perasaan tidak berpuas hati atau amarah terhadap bekas suami. “Cuma buat masa ini, anak-anak belum bersedia dan memerlukan masa untuk bertemu bapa mereka. Saya faham perasaan mereka dan jika satu hari nanti mereka menyuarakan hasrat mahu bertemu, saya akan mengizinkannya,” katanya. Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain berkata, jauh di sudut hati, terbit rasa sedih apabila mengenangkan nasib anak-anak yang terpaksa menempuh kehidupan tanpa seorang bapa di sisi.

“Saya seorang anak yang rapat dan manja dengan bapa. Jadi, bila mengenangkan nasib anak-anak saya sendiri yang terpaksa membesar tanpa bapa, saya rasa sangat sedih. Dalam usia masih mentah, mereka perlu melalui pengalaman seperti ini. “Namun, saya lihat mereka sangat tabah, lebih lagi anak sulung, Muhammad Aiman yang sangat bertanggungjawab membantu menjaga adik-adiknya. Doa saya semoga kami semua dilindungi dan cekal dalam menempuh pelbagai ujian yang mendatang,” katanya.

Ziana dan Armin yang mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 21, Muhammad Ammar, 16, serta pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 11. Isu rumah tangga pasangan ini tercetus pada Mac 2018 apabila timbul kenyataan Armin melakukan sesuatu kepada anak lelaki mereka. Ekoran kejadian itu, Ziana membuat laporan polis, selain memfailkan hal perpisahan. Armin menamatkan pergolakan yang melanda perkahwinan mereka apabila berpisah dengan Ziana dengan talak satu pada Julai, tahun yang sama.  ZIANA mahu selesaikan dahulu hal peribadi sebelum kembali merencana perjalanan kerjaya seni. Foto Rosela Ismail

Saya dah kuat untuk terima kenyataan – Ziana Zain

Penyanyi Ziana Zain, 50, mahu menyelesaikan semua urusan peribadi, termasuk kes mahkamah bersama bekas suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 54, sebelum kembali menyusun kerjaya seni. Penyanyi yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu berkata, apabila semua hal berkaitan selesai, baru dia bersedia memberikan semula fokus kepada kerjaya seni. “Saya memang ada perancangan untuk muncul dengan lagu baharu, namun ketika ini, saya mahu menyelesaikan dahulu hal peribadi, termasuk kes mahkamah.

“Apabila semua itu selesai, baru saya lega untuk memikirkan hal berkaitan kerjaya seni dan perkara lain,” katanya sebagai menjawab pertanyaan peminat yang menanti kemunculan lagu terbarunya. Ziana berkata, buat sementara waktu, dia memohon diberikan ruang supaya persoalan berkaitan rumah tangganya tidak dibincangkan bagi menjaga hati banyak pihak.

Ziana, bagaimanapun mengakui, dia semakin kuat menjalani hidup sebagai ibu tunggal sejak berpisah pada Julai tahun lalu. Biarpun tidak mudah untuk melalui episod pahit itu, Ziana berkata, dia perlu bangkit meneruskan hidup demi anak yang masih memerlukan perhatian. “Saya percaya, setiap perancangan Allah pasti ada hikmah yang menanti. Sesetengah orang perlukan masa untuk pulih, begitu juga saya. Alhamdulillah, saya juga semakin pulih dan kembali bangkit kerana apa juga yang berlaku, hidup perlu diteruskan. “Ketika awal perpisahan, saya menangis setiap hari sehingga bengkak mata, tetapi sekarang saya lebih kuat. Alhamdulillah, anak juga semakin faham kerana masing-masing sudah besar,” katanya.

Foto Terkini Anak-Anak Ziana Zain Yang Sudah Meningkat Dewasa

Siapa tidak kenal dengan penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain yang sudah menceburi dunia hiburan sejak tahun 1989. Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain yang merupakan bakat kelahiran Merlimau, Melaka, dilahirkan pada 2 Mei 1968. Artis bersuara lantang ini meningkat naik menerusi satu-persatu lagu hitsnya seperti Madah Berhelah, Anggapanmu, Kemelut Di Muara Kasih, Setiaku Di Sini dan banyak lagi. Cabang seni lakonan turut menjadi keutamaan ketika meniti ambang kemuncak populariti. Antara filem dibintangi termasuk Sembilu, Sembilu II, Maria Mariana, Maria Mariana II dan Merah.

Melengkapkan portfolio seninya adalah konsert solo terbesar yang paling diingati ramai iaitu Konsert Unplugged Ziana Zain yang berlangsung pada 1996. Beliau yang kini berusia 51 tahun telahpun mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Armin Zaharin Ahmad Zambri pada 1998 sebelum berpisah pada 2018. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 15, dan sepasang kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh yang berusia 9 tahun. Semalam, Ziana telah berkongsi dua foto terkini anak bujangnya iaitu Aiman dan Ammar buat tatapan para peminat di laman Instagram. Rata-rata pengikut memuji ketampanan Aiman dan Amar, serta ada yang mengatakan senyuman mereka saling tak tumpah seperti senyuman ibunya.