Zizan Razak tergamak lakukan satu perkara ini pada Mira Filzah serta suaminya pada hari perkahwinan mereka kelak. Respon win daripada bakal suaminya buat ramai tak sangka sampai begini sekali dia sanggup ungkapkan mengenai Zizan Razak

Pelakon Zizan Razak mendoakan yang terbaik buat pelakon Mira Filzah dan bakal suaminya, Wan Emir Astar.
Zizan juga turut menitipkan pesanan buat pasangan Mira dan Emir yang bakal melangkah ke alam perkahwinan tidak lama lagi. Zizan menitipkan pesanan itu menerusi program Rumah No 107 yang bakal bersiaran malam ini.
“Kepada bakal puan Mira Filzah, saya Zizan Razak ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan saya doakan yang terbaik untuk Mira dan juga bakal suaminya. “Saya doakan supaya kekal hingga Jannah, mendapat anak yang baik, menjadi keluarga yang baik dan juga harmoni. Doakan juga untuk saya,” ujarnya.

Zizan juga mengatakan dia tidak mempunyai masalah untuk hadir ke majlis perkahwinan Mira sekiranya menerima undangan. “Seharusnya saya datang, pernikahan harus diraikan dengan kemeriahan,” katanya tersenyum. Selain Zizan, Datuk Rosyam Nor juga merupakan tetamu undangan untuk program tersebut.-Gempak

Zizan tak simpan perasaan terhadap Hawa Rizwana – “Orang cuba padankan, saya rasa kelakar sebab dia terlalu muda”

Zizan hanya menganggap Hawa tidak lebih daripada seorang adik. Setiap kali dilihat rapat dengan mana-mana gadis, pelakon dan pelawak Zizan Razak tidak terlepas daripada telahan kononnya sedang hangat bercinta. Terbaharu Zizan dikaitkan pula dengan penyampai berita dan pengacara Wanita Hari Ini iaitu Hawa Rizwana Redzuan. Walaupun mengakui Hawa, 25, seorang gadis yang baik, Zizan berkata dia tidak pernah menyimpan perasaan terhadap personaliti televisyen itu.

“Saya pun tak tahu kenapa digosipkan dengan Hawa. Saya menganggap dia sebagai adik sahaja, tidak lebih daripada itu. “Saya juga tak pernah ada perasaan kepada dia dan pada saya Hawa seorang anak yang sangat baik, adik yang sangat konsisten dengan kerja. Cara mengayuh pun menunjukkan dia seorang yang fokus dengan apa yang dia buat,” katanya kepada mStar. Ura ura hubungan cinta Zizan dan Hawa bermula selepas mereka berkongsi foto mengayuh basikal bersama.

Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, dia tidak mahu gosip seperti ini menjejaskan nama baik mereka berdua dalam kerjaya masing-masing. Pelakon filem Hantu Bonceng ini turut berkata mereka tidak berhubung melainkan berkaitan aktiviti beriadah. Di samping itu, Zizan mengakui risau ura ura mengenai mereka berdua akan mendatangkan perkara tidak baik pada masa akan datang. “Saya sokong dia… dan pada masa sama apabila orang gosip pasal kami, saya risaukan kerjaya dia… saya pun risau dengan kerjaya saya.

Zizan tidak mahu kerjayanya dan Hawa terganggu disebabkan gosip tidak berasas. “Saya pun tak nak orang bercerita begini sampai jadi gosip dan orang mula percaya yang kami ada apa-apa. Kalau tak fasal mengayuh, kami tak berhubung pun. “Saya risau ia menjadi ura yang boleh mendatangkan benda tidak baik. Saya cerita benda ni supaya orang faham yang kami hanyalah seperti abang dan adik,” jelasnya. Dalam pada itu, Zizan menyifatkan cubaan orang sekeliling untuk satukan dia Hawa adalah tidak masuk akal kerana gadis itu terlalu muda dan kerjayanya dalam industri media baharu sahaja bermula. Tambahnya, dia tidak mahu nama baik mereka berdua tercemar dengan gosip yang tidak berasas.

Saya rasa kelakar sebab dia terlalu muda. “Apabila orang cuba nak padankan dengan dia, saya rasa kelakar sebab dia terlalu muda. “Saya nak dia berkerja dengan baik. Saya tak nak dia naik dengan gosip. Saya pun tak nak apabila orang sebut nama saya… orang akan ingat sebab perempuan,” ujarnya.-Mstar