Zoey Rahman beri sesuatu kepada ibunya dan harganya itu membuatkan dia jadi tumpuan warganet. Ternyata ini yang Zoey hadiahkan kepada ibunya untuk membalas jasa.

Setiap anak wajib taat kepada kedua ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan kita sehingga menjadi manusia berguna. Nabi Muhammad SAW mengingatkan kepada umatnya bahawa keredaan Allah SWT itu terletak kepada keredaan kedua ibu bapa. Begitu juga dengan kemurkaan Allah, bergantung kepada kemurkaan orang tua kita. Sebenarnya, tiada ruang waktu di dalam hati seorang ibu melainkan sentiasa teringatkan serta mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan buat anaknya walaupun mereka sudah dewasa dan berkeluarga.

Setiap anak pasti ingin lakukan yang terbaik membahagiakan ibu bapa mereka. Seperti pelakon dan pengacara, Zoey Rahman, hasratnya untuk menghadiahkan sebuah rumah buat ibu bapanya akhirnya tercapai. Sebagai membalas jasa kedua ibu bapanya, Zoey menghadiahkan sebuah kondominium bernilai kira-kira RM500,000 yang terletak di Cheras. Zoey berkata kejayaan dalam hidupnya kini adalah kerana restu dan doa ibu bapanya.

“Saya percaya rezeki yang saya kecapi adalah keberkatan doa ibu dan bapa. Jadi, saya mahu membalas jasa dan pengorbanan mereka yang menyokong serta menyayangi saya tanpa berbelah bahagi.“Ibu bapa saya tidak tahu pun mengenai kejutan ini. Mereka datang ke Kuala Lumpur dari Terengganu pun semata-mata ingin memberikan sokongan untuk pelancaran produk saya. Selama ini, mereka pendengar setia apabila saya ada masalah, sering bimbing saya dan ingatkan saya jaga solat.

“Sejujurnya, saya percaya berkat doa ibu bapa membuatkan saya sampai ke tahap ini. Sudah beberapa tahun perniagaan ini berjalan lancar dan kuasa doa mereka amat luar biasa,” katanya. Mengumumkan hadiah rumah untuk ibu bapanya pada majlis pelancaran produknya Mikaseries, Zoey meluahkan rasa syukur perniagaannya berkembang baik. Malah, segala yang dimilikinya kini bermula dari bawah menggunakan duitnya sendiri.

“Sepanjang mengusahakan bisnes ini, semuanya bermula dari bawah dan mengumpul duit sendiri menerusi bidang lakonan. Saya tidak membuat sebarang pinjaman untuk memulakan perniagaan ini. “Saya juga gembira jenama yang saya usahakan ini mendapat sambutan yang sangat baik di platform e-dagang Shopee dan ia juga bakal dijual di Watsons tidak lama lagi,” katanya.

SUMBER: ROTIKAYA