Zulin Aziz menjadi bualan warganet lagi apabila wajahnya pada foto yang terkini disamakan dengan seseorang ini. Lebih mengejutkan bila wajah Zulin menjadi bualan hangat warganet. Ini komen mereka.

Nampaknya, foto selebriti serba boleh ini, Zulin Aziz mendapat perhatian lagi. Manakan tidak, cantik disolek oleh Datuk Alha Alfa dan anggun bergaya pula mengenakan busana daripada pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi sekali gus menyerlahkan lagi kecantikannya. Sehingga setiap perkongsiannya ini dalam masa yang sekejap meraih ribuan tanda suka daripada peminat dan pengikut di Instagram yang turut memujinya lagi.

Biarpun begitu, menerusi perkongsian foto ini pula lain pula yang membuatkan orang ramai keliru apabila dirinya disangka penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza atau turut mesra disapa Tokti. Ini kerana, wajahnya dalam foto terbabit kelihatan berbeza sehingga dikatakan memaparkan wajahnya itu sekali pandang saling tak tumpah seperti Tokti. Gara-gara foto ini juga, kecantikan Zulin Aziz menjadi bualan hangat peminat dan pengikut apabila rata-ratanya memberikan komen memujinya yang kelihatan sangat cantik.

Melalui foto tersebut juga, ternyata ruangan komen dihujani dengan nama Tokti apabila pada mulanya netizen menyangka foto berkenaan merupakan penyanyi Aku Bidadari Syurgamu. “Haa kami bukak-bukak tu nampak muka Tokti… haha elokkk depa la ni” “Cantiknya Kak Zulin” Selain itu, foto tersebut juga meraih lebih 20 ribu tanda suka yang diterimanya oleh peminat dan pengikut di Instagram dimana dia turut diikuti lebih 2.2 juta followers yang senang untuk melihat perkembangan selebriti serba boleh ini. “Dah kenapa sekali pandang macam Datuk Siti Nurhaliza”

SUMBER: HCL

Zulin Dah Kurus, Kita Ni Bila Lagi? – Tu Masih Mengunyah Biskut Raya Ke? Badan Naik, Salahkan PKP Jelah!

Zulin Kawal Nasi dan Gula. Ketika mula-mula menceburi bidang seni ini, Zulin terkenal dengan susuk tubuh gempal dan comel. Walau kerap diejek, namun Zulin bertabah dan perlahan-lahan mengambil inisiatif terbaik untuk menurunkan berat badannya dengan cara yang selamat. Zulin tidak sesekali percaya pada jalan singkat dengan menelan pil pelangsingan dan sebagainya. Satu masa dulu, Zulin pernah berkongsi cara diet yang dilakukannya iaitu diet telur. Menerusi diet tersebut Zulin mampu kehilangan 10kg dalam masa sebulan dan kini beliau berpuas hati dengan berat badan ideal yang dimilikinya. Daripada berat badan 85kg sebelum ini, kini Zulin memiliki berat 60kg! Dan, ia nampak begitu hebat.- GEMPAK